JOIN FACEBOOK KAMI

JOIN FACEBOOK KAMI
Join FaceBook, Sila Klik Logo

Sunday 11 November 2012

TAHNIAH SEMUA - JELAJAH SKANDAL SCORPENE BERJAYA DI PAHANG

Pada 10 Nov 2012, Program Jelajah Scorpene siri ke-3 anjuran SAMM dan SUARAM peringkat negeri Pahang bermula. Sesi pertama, taklimat isu skandal scorpene berlangsung dengan peguam dari kumpulan SUARAM memberi taklimat sebelum sesi soal jawab bermula. Jelajah ini turut dikenali sebagai ‘LeTour De Scorpene’.

Siri pertama berlangsung di Pulau Pinang manakala siri kedua berlangsung di Johor. Siri Jelajah Scorpene ke-3 yang menjengah negeri Pahang ini mempunyai signifikasinya yang tersendiri kerana sesi ceramah isu scorpene berlabuh di Parlimen Pekan. Bagi SAMM Pahang, keberanian ini cukup radikal apabila pembongkaran skandal melibatkan Najib Razak yang kubunya di Pekan.



Fadiah Nadwa peguam SUARAM menyampaikan taklimat


Sesi soal-jawab, Dato Fauzi juga turut menyumbangkan soalan


Sebahagian pegawai penerangan dari PAS, PKR dan DAP negeri Pahang yang hadir sedia untuk melebarkan input hari ini

Pada sebelah malam hari yang sama, bertempat di Taman Indera Sempurna yang terletak dalam Parlimen Pekan, Jelajah Scorpene peringkat negeri Pahang diteruskan dengan sesi ceramah khas isu Scorpene. SAMM-SUARAM menembusi parlimen milik Najib Razak dengan pendedahan panas Skandal Scorpene.



Penyelaras KOBAT (Kor Bekas Angkatan Tentera) Sdr Wan Fauzdin turut berucap


Dato Fauzi juga tidak melepaskan peluang mengulas isu Scorpene


Saudari Murni wakil dari Suaram membongkar satu persatu rahsia yang boleh mengheret Najib ke muka pengadilan.


Ketua Penyelaras SAMM Chegubard turut mengambil peluang membidas Najib Razak di lamannya sendiri. Isu Scorpene adalah mengenai rasuah penyelewengan yang melibatkan bilion duit rakyat.


Sambutan yang sangat baik di Parlimen Pekan walaupun kawasan tersebut kali pertama adakan ceramah


Sebahagian daripada lebih 700 pengunjung. Syabas SAMM Pahang di atas cabaran penganjuran di Parlimen Pekan

Jelajah Scorpene siri ke-3 peringkat negeri Pahang berakhir dengan jayanya. Selepas ini Jelajah Scorpene akan bergerak ke negeri Melaka pada tarikh 13 November./edyes.com

No comments:

Post a Comment