JOIN FACEBOOK KAMI

JOIN FACEBOOK KAMI
Join FaceBook, Sila Klik Logo

Saturday 8 September 2012

Hampir 4,000 kunjungi Rumah Terbuka EidulFitri SAMM Kebangsaan

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kebangsaan mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan bertungkus lumus menjayakan Majlis Rumah Terbuka Eidulfitri SAMM Kebangsaan. Tahun lepas Selangor sebagai lokasi dan tahun ini P.Pinang sebagai menghargai gerakan aktif SAMM di utara. InsyaAllah tahun depan mungkin kawasan selatan pula.

Maaf juga kepada yang hadir kerana layanan mungkin tidak sempurna dari segi protokol sememangnya begitulah SAMM tidak ada layanan VIP dan seumpamanya. YB Datuk Halim (Speaker Kerajaan PP), YB Law (Axco Kerajaan PP), YB Yunus, YB Lih Kang, Cikgu Teo (Pengerusi DAP N.Tebal), YB Ust Makhtar (Ketua Cabang PKR N.Tebal) dan ramai lagi tetamu kehormat semua dilayan sama beratur mendapatkan makanan dan duduk bersempit bersama yang lain.

Set Nasi, Kari Ayam untuk 2,000 orang, Char Kuew Tiau untuk 2000 orang, Nasi Impit untuk 500 orang, Keropok Lekor untuk 250 orang, Meehon Sup untuk 1000 orang dan Roti Canai 1500 keping. Mengambil kira semuanya yang hampir 'licin' di hujung rumah terbuka yang berlansung dari jam 2.00 ptg hingga 5.00 petang maka kehadiran dianggarkan hampir 4,000 orang. Door gift iaitu tiga keping dvd dan risalah sebanyak 3,000 set juga habis itu pun setelah menolak dengan baik permintaan banyak yang mahu mendapatkan lebih dari satu. Kami hanya beri satu untuk tiap keluarga yang hadir.

Semua disediakan dengan gotong royong dan suka rela. Terima kasih kepada teman-teman dari simpang 3, Tg Berembang kerana menyediakan Nasi dan lauk, SAMM dari Terengganu menyediakan Char Kuew Tiau dan Keropok Lekor, SAMM Selangor dan Sdr. Jamhari menyediakan roti Canai, SAMM P.Pinang menyediakan air dan Mee Hon Sup, SAMM Kedah dan WP menyediakan Nasi Impit /Kuah Kacangdan ramai lagi yang bertugas menyediakan tempat dan mengemas semula selepas program.

Seramai 100 penerima sumbangan sempena rumah terbuka ini dan yang paling istimewa penghargaan kepada 27 Guru PASTI seluruh N.Tebal. Mereka dipilih kerana jasa guru PASTI ini umpama hero tidak bernama. Jasa mereka mendidik anak peringkat awal dan menjadi jentera parti dalam keadaan sumber yang sangat terhad maka SAMM fikirkan mereka wajar dihargai.



Maaf kehadiran luar jangka, meja yang disediakan tidak cukup.



Sehingga hampir 5.00 petang kehadiran masih bertali arus


Mengambil kesempatan Rumah Terbuka dilancarkan billboard penerangan
isu (saix 8 x 15 kaki) dua telah siap didirikan menjelang hujung bulan ini
direncanakan 12 akan didirikan dalam Parlimen N.Tebal



Sebahagian dari adik beradik SAMM yang hadir sempat bergambar di akhir majlis sebelum
bergotong royong mengemas lokasi rumah terbuka


100 orang penerima tersenarai dan yang istimewanya 27 Guru PASTI seluruh parlimen N.Tebal diberi tanda hati sebagai penghargaan kesungguhan mereka selama ini mendidik anak peringkat awal dan berjuang sebagai jentera parti walaupun dalam sumber yang cukup terhad.

Kehadiran di luar jangka, terima kasih kepada semua yang menjayakan


Dato' Halim (Speaker PP), YB Law (Exco Kerajaan PP), YB Yunus(ADUN K.Kurau),
YB Lih Kang (ADUN Teja) turut hadir memeriahkan rumah terbuka ini selain
Cikgu Teo (DAP N.Tebal) dan YB Ust. Makhtar (Ketua Cabang PKRN.Tebal)



Khemah tambahan juga penuh



Ketika awal sesi sarapan petugas sempat cuba buat roti canai,petugas buat roti canai ialah Ali dan Along serta kawan-kawan dari Sungai Besar yang hadir secara sukarela resepi dan peralatan disediakan oleh Sdr. Jamhari selaku ketua team roti canai.
Dia memang punya kedai roti canai di Pekan Sg Udang.




berpusu - pusu lebih 1500 keping roti habis hari tersebut


bersama dengan Rafzi dan team dari SAMM Terengganu yang menyediakan lebih dari
2000 pinggan Char Kuew Tiau dan Keropok lekor.
 
bersama keluarga Arwah Izwan atau lebih kami kenali sebagai plettop yang meninggal hari terakhir Ramadhan lepas. Tahlil khusus untuk arwah serta semua yang lebih dahulu meninggalkan


 
Tahlil yang diketuai oleh Imam Masjid Kg.Simpang 3 dengan kehadiran jemaah dan AJK masjid sebaik selepas Zohur

Datuk Lajim yang pada awalnya mengesahkan kehadiran terpaksa menukar jadual saat akhir kerana masalah di Sabah digantikan dengan Abby Abadi

Sekali lagi ribuan terima kasih diucapkan di atas kejayaan penganjuran kali ini, InshaAllah aktiviti tahunan sempena Eidulfitri ini SAMM akan diteruskan pada tahun akan datang.

Disediakan Oleh


Zulkifli Hj Ibrahim
Pengarah Sekretariat
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Tuesday 4 September 2012

Tertekan Dengan Kebangkitan Rakyat, Saki Baki Penyokong Umno Mengganas Tanpa Mengira Tempat

Kenyataan Media
Solidariti Anak Muda Malaysia
4 September 2012

Di sebalik ungkapan keamanan yang dilaungkan oleh regim Umno Barisan Nasional, menerbitkan rasa pelik dan janggal kerana apa yang dihidang di hadapan mata rakyat adalah sangat berbeza pendekatan yang dimainkan oleh regim pemerintah. Ternyata hanya mengungkap dengan kata-kata dan slogan sahaja tidak mampu untuk menyembunyi segala bentuk keganasan yang terpaksa dilakukan oleh regim terdesak bagi mengekang kebangkitan rakyat.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) secara umumnya menegaskan taktik ganas yang digunakan selama ini adalah demi menakutkan orang ramai supaya menjauhi program-program anjuran Pakatan Rakyat khususnya yang melibatkan susuk Anwar Ibrahim. Namun usaha berunsur keganasan tersebut gagal menakutkan rakyat malah lebih ramai yang hadir menunjukkan keberanian untuk bersama mempertahankan pimpinan Pakatan Rakyat.

Tinjauan SAMM mendapati, rakyat menilai dengan baik pihak mana yang sebenarnya menghargai keamanan dan pihak mana pula yang menyokong keganasan dan menggunakan kekerasan bagi meraih sokongan. Perlakuan 'baling batu sembunyi tangan' sudah dibaca dengan baik oleh rakyat.

Penyokong Umno yang melakukan kekacauan dan keganasan berharap provokasi yang mereka lakukan dibalas oleh penyokong Pakatan Rakyat dan sekiranya ini berlaku maka akan disiarkan di media perdana bahawa keganasan itu hadir dari Pakatan Rakyat. Ini taktik yang gagal kerana Pakatan Rakyat tetap komited untuk bertindak matang setiap kali disua provokasi.

Perhimpunan Janji Demokrasi pada malam ambang kemerdekaan wajar dijadikan sebagai contoh. Acara bersejarah tersebut yang disambut oleh puluh ribu rakyat berbaju kuning berlangsung dengan aman tanpa sebarang kekecohan. Ini jelas membuktikan tuduhan yang dilontar kononnya Pakatan Rakyat mencipta keganasan dalam siri-siri perhimpunan sebelumnya adalah fitnah dan tuduhan rambang semata-mata. Keganasan itu hanya digambarkan oleh penyokong Umno yang paranoid dengan kebangkitan rakyat menolak produk retorik mereka.

Dalam beberapa kejadian terbaru, SAMM mengutuk serangan yang dilakukan oleh kumpulan penyokong Umno di Masjid Seberang Pumpong baru-baru ini. Proksi Umno menjerit membuat bising menggunakan pembesar suara, memaki hamun dari luar hingga ke dalam masjid, dan melontar kasut yang kotor ke dalam masjid adalah keterlaluan. Ia menggambarkan sikap sebenar Umno yang tidak menghormati masjid dan juga majlis ilmu. Mengganggu majlis ilmu adalah kerja syaitan maka benarlah ungkapan Mahathir bahawa inilah contoh syaitan yang dikenali.

Sehari sebelumnya, bas yang digunakan untuk Jelajah Merdeka Rakyat juga telah diserang umpama samseng along mengutip hutang. Cermin hadapan pecah dan cat merah yang disimbah menunjukkan budaya samseng ini berlaku akibat tekanan dari kemungkinan kehilangan kuasa. Ia tindakan bacul dan amalan politik yang tidak bertamadun. SAMM tidak terkejut dengan perkembangan sebegini kerana kaedah yang sama sering berlaku di kalangan regim di hujung usia.

Terdahulu, kejadian yang berlaku di lembah pantai lebih bersifat signifikasi apabila penyerang yang membaling batu ke arah pimpinan Pakatan Rakyat yang sedang berucap jelas memegang bendera Umno dari kumpulan yang memakai baju Umno. Ia sekaligus menjadikan Umno sebagai simbol keganasan di atas banyak siri kekacauan yang dilakukan termasuklah di Jalan Kebun (Selangor), Semberong (Johor), Kuala Sawah (N.Sembilan), Flat Kerinchi (Wilayah Persekutuan) dan perbagai tempat lagi. Untuk peringatan, langsung tidak ada sebarang tindakan diambil walaupun perlaku jelas dirakam perlakuan dan wajah mereka. Lebih malang apabila penguasa terlibat melindungi mereka.

SAMM dengan ini membuat kesimpulan bahawasanya Umno adalah penaja keganasan yang berselindung di sebalik slogan keamanan.

Penolakkan rakyat terhadap Umno dan Barisan Nasional tidak berjaya dibendung, malah ramai ahli Umno yang sudah celik meninggalkan perikatan yang kian tenggelam. SAMM meminta semua tenang kerana kejadian menghantar proksi melakukan keganasan juga merupakan taktik semua regim di hujung usia. Rakyat terbanyak diharapkan jangan terseret dengan taktik seperti ini sebaliknya terus fokus mengombak kesedaran dalam negara demi menolak regim Umno Bn warisan penjajah yang semakin gagal menguruskan negara ini.

SAMM juga sedar aparat penguasa seperti PDRM juga tertekan kerana diperalatkan regim untuk kekal berkuasa tetapi menyeru agar ada pimpinan PDRM yang diberi kekuatan oleh Allah untuk membezakan antara yang hak dan bathil demi melaksanakan tugasan serta amanah yang telah mereka ikrarkan.


che'GuBard
Pengasas
Ketua Penyelaras
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
www.anakmudamalaysia.com
chegubard@gmail.com

Monday 3 September 2012

SAMM PAHANG TOLAK TUDUHAN TERHADAP YB FUZIAH

Membaca sebuah portal, Pahang Daily Online yang mendakwa bahawa YB Fuziah Salleh, MP Kuantan meminggirkan penyokong-penyokongnya di kalangan Melayu di Kuantan menggambarkan kehendak penulisnya untuk melihat YB Fuziah Salleh tidak mendapat sokongan atau undi kaum Melayu Di Kuantan.  

Isu Lynas mengangkat nama YB Fuziah Salleh sehingga ada cubaan untuk menjatuhkannya

Semua tahu, YB Fuziah Salleh amat popular dengan isu Lynas yang ditentang hebat oleh rakyat terutamanya di Kuantan, khususnya pula oleh masyarakat Cina.  Kempen anti Lynas ini pula amat aktif di Kuantan, dan selaku MP Kuantan yang juga dipertanggungjawabkan oleh parti menangani isu ini, YB Fuziah Salleh sudah tentunya aktif bersama penduduk-penduduk di Kuantan menentang projek Lynas.  

Oleh kerana isu ini mendapat perhatian seluruh negara, maka seolah-olah YB Fuziah Salleh tertumpu kepada satu isu ini sahaja dan ini dilihat seolah-olah beliau begitu mendampingi masyarakat Cina di Kuantan dan meminggirkan masyarakat Melayu.  SAMM Pahang melihat kritikan terhadap YB Fuziah Salleh yang mendakwa beliau meminggirkan penyokong-penyokongnya di kalangan kaum Melayu adalah satu kritikan yang tidak bertanggungjawab dan berbau perkauman.

Sepertimana yang telah diperjelaskan oleh Wakil Cabang Kuantan sendiri tidak timbul soal YB Fuziah Salleh selaku Ketua Cabang Kuantan memingirkan para penyokongnya di kalangan kaum Melayu. Malahan, Penyelaras SAMM Pahang sendiri Sdr Bung Hatta, adalah di antara orang kuat MP Kuantan tersebut.  Boleh dikatakan tiada program atau aktiviti YB Fuziah Salleh yang tidak disertai oleh Sdr Bung Hatta bersama rakanm-rakannya.  Adakah kerana seorang dua yang tidak mahu libatkan diri di dalam aktiviti YB Fuziah Salleh maka dikatakan beliau meminggirkan para penyokongnya?

Selaku ahli parti apatah lagi jika berjawatan di dalam parti, adalah menjadi tanggungjawab untuk bergerak bersama parti tanpa perlu diundang atau dijemput.  SAMM Pahang melihat YB Fuziah Salleh banyak melakukan aktiviti yang melibatkan masyarakat Melayu khususnya di Kuantan.  Berbagai bentuk program diadakan seperti Pertandingan Sepak Takraw Tertutup dan juga Futsal.  Begitu juga dengan program ziarah ke kawasan nelayan dan perkampongan, menghulurkan bantuan yang seadanya.  Kesemuanya ini melibatkan masyarakat Melayu.  Mengapa ini tidak dipandang sebagai keprihatinan beliau terhadap masyarakat Melayu?

Jelas apa tujuan mereka untuk mengkritik secara hentam kromo terhadap YB Fuziah Salleh.  Mereka mahu melihat masyarakat Melayu di Kuantan menolak YB Fuziah Salleh kononnya beliau lebih utamakan kaum Cina.  Apa untungnya mereka?  Tidak lain tidak bukan adalah untuk mereka mempersiapkan diri meletakkan Calon Bebas yang kononnya "Pro Rakyat" untuk meraih undi kaum Melayu jika calon ini bertanding di salah satu kawasan di dalam Parlimen Kuantan.  Calon Bebas ini nanti mahukan PAS mengundi beliau, kaum Melayu dalam PKR undi beliau dan Umno pun akan mengundi beliau.  Ini lah tujuan dan kepentingan peribadi mereka.

Sehubungan itu, jangan terpedaya dengan propaganda yang mereka mainkan.  Kita kenali Penulis ini yang setiap hari merengek meminta PAS menerimanya sebagai ahli setelah keluar dari PKR.  Mungkinkah PAS menerimanya setelah banyak kali Penulis ini menghentam PAS?  Sehinggakan kemasukan beberapa artis ke dalam PAS menimbulkan rasa cemburu di hati beliau, maka diungkit-ungkitlah jasanya selama ini kononnya banyak membantu PAS.  

Beliau ini juga mengusik PKR dengan berbagai isu termasuk cuba melaga-lagakan PKR dengan PAS dan DAP.  Tidak pelik di dalam FB nya, pernah diprovokasi dengan tajuk beliau lebih suka PAS jadi MB Pahang daripada PKR.  Tujuannya adalah untuk melihat komen-komen dari pembaca yang terdiri daripada para penyokong PAS dan PKR.  Di dalam FB nya juga disentuh mengapa PAS tidak desak DAP pecat Karpal Singh sepertimana PAS pecat Dr Hassan Ali.  Walaupun isu yang beliau bawa langsung tiada kaitan, tetapi niatnya hanyalah untuk memecahbelahkan para penyokong PAS dan DAP.

SAMM Pahang merasa kesal kerana PDO kini dipergunakan oleh individu yang mempunyai cita-cita politik yang tinggi tetapi mahu naik ke atas dengan memijak kepala rakan-rakan parti yang dahulunya bersama beliau.  Atas alasan beliau kini bebas dan berhak mengkrtik mana-mana parti, itulah senjata beliau tetapi di dalam masa yang sama merengek saban hari meminta PAS menerimanya sebagai ahli.  Itu kah prinsip seorang "Pro Rakyat"?

Saturday 1 September 2012

RUMAH TERBUKA SAMM HARI INI DI NIBONG TEBAL

SAMM akan mengadakan Rumah Terbuka Aidil Fitri peringkat kebangsaan hari ini (02 Sept) bertempat di Taman Seri Acheh, Nibong Tebal, P.Pinang mulai jam 02.30 petang hingga 4.00 petang.

Semua ahli SAMM dijemput hadir dan juga seluruh rakyat dialu-alukan untuk bersama.  Majlis trrsebut turut dihadiri oleh artis Abby Abadi.  Hebahkan.