Benarkah bahawa Dewan Pemuda PAS menolak jika diadakan BERSIH sebelum PRU ke 13? Jika benar, ianya amat mengecewakan. Apatah lagi alasannya kerana ingin menjimatkan wang untuk hadapi PRU sedangkan kita tahu PRU itu untuk menipu kita.
Tidakkah membazirkan wang jika memasuki 'perlawanan' yang kita sedar satu penipuan? Mungkin Dewan Pemuda PAS sudah mula yakin bahawa SPR kini telah bersih, mungkin. Jika itu keyakinan mereka, memang wajar mereka menolak untuk berhimpun BERSIH sekali lagi.
SAMM Pahang masih tidak yakin malahan bertambah ragu dengan SPR. Ini pendirian kami dan kami akan tetap menyokong mobilisasi BERSIH pada bila-bila masa sahaja. Ini penting buat kami walaupun tiada seorang pun dari SAMM Pahang yang bakal bertanding di dalam PRU nanti. Yang bertanding adalah calon dari PKR, PAS dan DAP yang SAMM Pahang akan sokong. Jadi, apa kepentingannya SAMM Pahang mahu mobilisasi BERSIH ini digerakkan sebelum PRU ke 13? Semuanya untuk anda semua...
No comments:
Post a Comment