JOIN FACEBOOK KAMI

JOIN FACEBOOK KAMI
Join FaceBook, Sila Klik Logo

Sunday 28 October 2012

TINDAKAN POLIS SUDAH MELAMPAU !!

Polis jadikan ahli DAP ‘tebusan’ untuk dapatkan kamera- Chegu Bard

(Oleh: Aedi Asri)

Johor 28 Okt: Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin menyifatkan polis berlagak seperti pengganas ‘Abu Sayyaf’ apabila menahan 4 anggota DAP ketika ceramah di Bandar Seri Alam, Masai semalam.

Katanya, kejadian bermula selepas 10 ahli Umno membuat provokasi dengan memasang pembesar suara dengan kuat dari balai raya berhampiran, kira-kira 50 meter dari tempat ceramah.

“Penganjur dan saya cuba telefon polis tapi (mereka) tidak beri jaminan untuk datang selesaikan…(Sedangkan) pengajur telah dapatkan permit dua minggu sebelumnya.

“Keadaan makin tegang ketika saya berceramah dan saya sempat minta polis untuk tampil selesaikan kekecohan…polis memang ada di sana sebab kamera mereka dipasang di hadapan rostrum,” katanya lagi.

Katanya, beliau meminta petugas SAMM mengawal keadaan dan tidak melayan provokasi Umno serta menyelamatkan kamera berkenaan daripada dirosakkan sebelum beredar ke lokasi ceramah kedua.

“Namun dalam perjalanan pulang dari program kedua, saya terima panggilan telefon dari polis termasuk dari Ketua Unit Tindakan Khas Johor, Datuk Ramli minta saya pulangkan kamera,” katanya.

Lebih mengejutkan, katanya, beliau dimaklumkan 4 ahli DAP ditahan polis bernama Inspektor Chim Mui Fatt di IPD Seri Alam dan diugut tidak akan dilepaskan selagi kamera tersebut tidak dipulangkan.

“Inspektor Chim beritahu mereka kalau nak balik, kena minta saya serahkan kamera pada masa itu juga,” katanya lagi.

Beliau kemudian menyerahkan kamera ketika membuat laporan berhubung provokasi Umno di Balai Polis Seremban pada jam 11.30 pagi tadi.

“4 ahli DAP itu dibebaskan pada jam 4.15 pagi selepas ditahan selama tiga jam. Saya akan buat aduan di Bahagian Tatatertib Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman berhubung tindakan polis yang tidak ikut prosedur itu,” katanya lagi./SK

Wednesday 24 October 2012

BERSEDIA UNTUK KE JALANRAYA ATAU DITIPU

Kenyataan Umum
24 Oktober 2012

BERSEDIA UNTUK KE JALANRAYA ATAU DITIPU

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini memandang serius khabar angin mengatakan PRU makin hampir dan kemungkinan diadakan tahun ini. Kelihatan parti-parti politik atau aktivis yang melawan regim sedikit terhanyut dengan persiapan PRU yang memperlihatkan betapa peluang untuk menang tinggi berdasarkan mood perubahan rakyat.

Namun SAMM mahu semua pihak sedar, regim pewaris penjajah ini sudah terlalu banyak jenayah terkumpulnya. Mereka pernah berikrar "biar hancur tulang-belulang namun Putrajaya harus dipertahan". Maka dalam PRU kali ini semua elemen akan digunakan untuk memastikan 'kemenangan' parti regim. SPR sudah tentu menjadi aparat utama untuk melaksanakan penipuan. Bukan setakat penipuan media tetapi penipuan lebih dasyat lagi.  Klik sini lihat penipuan janji Najib.

Yakinlah jika melalui pilihanraya Bn akan hilang kuasa maka pilihanraya ini juga akan diharamkan. Ini pernah berlaku - Lihat sahaja Pilihanraya Kerajaan Tempatan ketika menyaksikan parti regim kalah teruk tanpa segan silu pilihanraya kerajaan tempatan ini diharamkan dan perbagai mitos direka sehingga pengharaman yang menjadi tragedi buruk demokrasi negara berjaya ditelan rakyat walaupun secara paksa.

PRU ke 13 akan dilangsungkan dengan penuh penipuan. Bayangkan telah terbukti warganegara Filipina yang telah mengaku di mahkamah membeli kad pengenalan dan juga telah dijatuhi hukuman denda oleh mahkamah tetapi namanya dengan kad pengenalan yang dibeli itu ada dalam senarai pemilih.  Klik untuk baca lanjut.

Itu belum lagi bagaimana nama dan no kad pengenalan wujud dalam senarai pengundi tetapi tidak wujud dalam daftar pendaftaran negara. klik sini untuk baca lanjut.

Antara contoh lain ialah Mohd Nawi Daud, bernombor kad pengenalan 500508-03-5345 mengundi di Daerah Mengundi Seksyen 16 mengikut daftar pemilih 2008. Daftar turut menunjukkan alamatnya ditanda sebagai ‘Tiada’ dengan nombor rumah ditulis sebagai ’28′. Ada berpuluh ribu rumah di Shah Alam, di Seksyen 16. Yang mana satu? Apa tujuan kemaskini tetapi dirombak dengan begitu mengelirukan?

Kejanggalan dalam senarai daftar pemilih berlaku apabila ada permohonan menjadi pengundi sebelum lahir.

H’ng Sau Ching bernombor kad pengenalan 790823-08-5885, lahir pada 23 Ogos 1979 di Parlimen Parit Buntar memohon menjadi pengundi pada 15 Januari 1950. Contoh permohonan menjadi pengundi pada hari kelahiran pula berlaku pada individu bernama Nur Khalida Salmi Mohd Nawar, pengundi di Serdang dengan nombor kad pengenalan 821026-10-5010.

Manakala permohonan sebelum umur masuk persekolahan berlaku di Parlimen Setiu kepada individu bernama Zulkarnain Harun bernombor kad pengenalan 790531-06-5559. Individu ini memohon menjadi pengundi ketika berumur 11 bulan 29 hari.

Sehingga kini belum ada petanda daftar pemilih diperbaiki. Pilihan raya mungkin akan diadakan pada Januari 2013 dan ini bermakna pilihan raya akan dijalankan dalam penipuan.

Kepada parti-parti politik melawan Bn ketahuilah bahawa anda sedang diperdaya dan ditipu untuk memasuki gelanggang PRU yang penuh penipuan. Jangan nanti setelah masuk gelanggang dan tewas dengan penipuan baru mengajak rakyat melawan, rakyat akan bosan.

Tidak ada sesiapa pertikai perlunya menumbang regim untuk menyelamatkan negara tetapi lebih perlu membersihkan pilihanraya sebelum memasukinya. Jawatankuasa BERSIH juga perlu lebih bersifat terbuka menjalinkan hubungan dengan perbagai pihak. Perjuangan BERSIH bukan milih satu-satu pihak tetapi milik rakyat Malaysia, masa untuk forum dan bincang duduk dalam dewan sudah tamat. Ini masanya untuk turun ke jalanraya. Regim pekak ini harus diasak dengan berani.

Perlu usaha serius dari semua pihak! Satu juta ke jalanraya "Bubar SPR sebelum bubar Parlimen Malaysia"

Sekian

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

Saturday 20 October 2012

PRU `13 - BN BAKAL TUMBANG, LAPORAN SAMPAI KE MESYUARAT MT UMNO?




 

Blogger Umno Reform, Anuar Mohd Nor mengatakan bahawa ada satu laporan dihantar ke Majlis Tertinggi Umno menyatakan bahawa Barisan Nasional (BN) bakal tumbang pada PRU 13 nanti.

Dalam laporan tersebut, BN dikatakan akan tewas di negeri Wilayah Persekutuan, Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Sementara di Johor pula bakal menyaksikan banyak kerusi BN dirampas Pakatan Rakyat (PR).

Laporan tersebut menyatakan puncanya adalah kerana etnik Cina di seluruh negara nampaknya sudah membuat keputusan untuk menolak BN. Lihat bawah.

Apa puncanya etnik Cina menolak BN? Apakah kerana mereka sudah faham yang selama ini, BN hanya meneruskan formula penjajah British dalam mentadbir Malaysia?

Atau kerana mereka sudah tidak lagi berjaya ditakutkan dengan momok 13 Mei?

Yang paling penting sekarang ialah kesediaan semua pihak untuk memperkukuhkan negara bangsa Malaysia.

Kita tidak harus lagi hidup terpisah-pisah dalam negara ini. Jangan biarkan lagi politikus yang tentukan halatuju negara.

Rakyat harus bangkit mendesak politikus agar mengikut kemahuan mereka. Ini boleh dilakukan! Bagaimana? Mulakan dengan laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Youtube.

Kemudian, kembangkan melalui tindakan.

Jika benar BN bakal tumbang. Biarlah ianya berlaku secara aman. Pertukaran kerajaan atau pemerintahan adalah perkara biasa.

Saya sendiri pernah menyaksikan pertukaran Nepal dari sebuah kerajaan yang diperintah oleh Raja selama 4000 tahun kepada sebuah republik.

Pada ketika itu, ramai saintis politik mengatakan Raja mungkin menggunakan tentera untuk pertahankan kerajaannya.

Mereka silap kerana Raja keluar dari istana dengan tenang kerana dia mempunyai kecintaan tinggi terhadap Nepal.

Biarlah Nepal jadi republik jika itu yang rakyat mahukan. Asalkan Nepal tidak hancur kerana manusia berebut kuasa./Harakahdaily/Greenboc

Malaysia harus belajar dari Nepal! -aminiskandar


Tuesday 16 October 2012

HINA ISLAM - SAMM PAHANG BUAT LAPORAN POLIS

Berlanjutan daripada sikap kurang ajar dan biadab Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang yang telah mempersendakan hukum Islam berkaitan hukum menutup aurat di dalam Twitter beliau, maka petang semalam (16 Oktober 2012) SAMM Pahang telah membuat satu laporan Polis di Ibu Pejabat Daerah Kuantan pada jam 06.00 petang. 



Penyelaras SAMM Pahang, Sdr Kamarul Hatta yang lebih dikenali sebagai Bung Hatta mengetuai SAMM Pahang membuat laporan Polis atas sikap Ketua Pemuda Gerakan Kedah tersebut yang jelas mempersendakan Hukum Islam.  Turut memberikan sokongan sewaktu laporan Polis dibuat adalah wakil dari KEADILAN Negeri Pahang, Sdr Kamarzaman Yunus selaku Penolong Setiausaha KEADILAN Negeri dan juga wakil dari Pemuda PAS Kuantan.

Twitter yang menghina Islam
Laporan ini dibuat adalah berkaitan satu twitter dari akaun Tan Keng Liang, Ketua Pemuda Gerakan Kedah yang mempersendakan dan menghina arahan berpakaian sopan kepada bukan Islam dan menutup aurat kepada Islam.  Ini mungkin muncul dari garis panduan Majlis Perbandaran Alor Setar (MBSA) yang mula melaksanakan garis panduan supaya model iklan yang dipaparkan dalam kawasan mereka hanya memaparkan model yang berpakaian sopan.

Penyelaras SAMM Pahang, Bung Hatta (baju hitam) bersama Sdr Jefri sedang membuat laporan Polis

Isu ini telah dipolitikkan sejak beberapa minggu yang lalu apabila beliawanis MCA, Tee Hoi Ling memberikan komen bahawa tindakan memastikan model berpakaian sopan itu seperti memperbudakan pengiklan.  Ketua Pemuda Gerakan Kedah pula menyebut di dalam Twitternya bahawa adakah pemakaian seluar pendek oleh lelaki dibimbangi oleh PAS menyebabkan timbulnya 'kerangsangan'.  Beliau seterusnya mempersoalkan adakah sekiranya PR memerintah, semua athlet sukan akan menutup aurat termasuk kepada yang bukan Islam.

Ditemubual oleh wakil media.  Turut kelihatan (baju biru) Sdr Kamarzaman, Pen SU KEADILAN Negeri
Beliau tidak seharusnya memberikan komen berkaitan hukum Islam yang beliau sendiri tidak tahu.  Sedangkan hukum menutup aurat di dalam Islam samada lelaki dan wanita itu bukannya hukum yang dicipta oleh PAS tetapi itu adalah hukum Allah kepada semua penganut Islam.  Tidak wajar beliau mengaitkan PAS di dalam hukum Allah ini.  Jelas, Umno yang bersekutu bersama dengan Gerakan tidak mampu memberikan kefahaman Islam kepada rakannya itu. Paling menyedihkan, perbuatan Ketua Pemuda Gerakan Kedah ini tidak langsung dipedulikan oleh Perkasa khususnya di Kedah, sedangkan sewaktu DS Anwar Ibrahim memberikan tazkirah di sebuah masjid baru-baru ini, Perkasa telah cuba menghalangnya dengan membaling kasut.

Usaha baik cuba dihalang, tetapi penghinaan terhadap hukum Allah dibiarkan begitu sahaja hanya kerana Gerakan adalah sekutu mereka.  Betapa hipokritnya mereka.

SAMM Pahang menuntut agar pihak berkuasa menyiasat Ketua Pemuda Gerakan Kedah ini dan mengambil tindakan yang sewajarnya atas kesalahan cuba mencetuskan keadaan tidak harmoni di kalangan kepercayaan berbagai agama di negara ini.  Paling serius, beliau langsung tidak menghormati Islam adalah agama resmi negara ini.

Monday 8 October 2012

RESOLUSI SAMM 03/2012

Kenyataan Media
Solidariti Anak Muda Malaysia
8 Oktober 2012

RESOLUSI SAMM 03/2012


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah mengadakan Rapat (pengurusan) Kebangsaan siri 03/2012 di Sekinchan, Selangor pada 6 Oktober 2012. Rapat yang diadakan sehari bermula jam 8.30 pagi dan berakhir 10.00 malam menghimpunkan hampir semua penyelaras SAMM peringkat Kebangsaan, Negeri dan Kawasan serta menghimpunkan orang sumber dari perbagai latar sesuai dengan agenda rapat kali ini "Pecutan Akhir Anak Muda menjelang PRU ke 13". Maka telah dilahirkan beberapa gerak kerja yang praktikal dan yang telah disimpulkan dalam 8 Resolusi.

Berikut ialah resolusi SAMM sempena rapat kali ini yang perlu diangkat kepada massa;
 
1. Negara ini sememangnya bermasalah maka diputuskan walau apa pun terjadi, regim Barisan Nasional harus ditumbangkan demi menyelamatkan tanahair ini dan SAMM dengan seluruh kekuatan, strategi dan kebijaksanaan akan memastikan kemerdekaan rakyat yang sebenar.

2. Isu scorpene merupakan isu penting bagi membuktikan kehilangan wang negara serta pengkhianatan terhadap tanahair ekoran penjualan rahsia negara yang melibatkan pemimpin negara. Isu ini perlu diadili dalam negara. SAMM akan jelajah ke seluruh negara dalam usaha mengheret Najib Razak untuk dibicarakan di mahkamah Malaysia dalam skandal penyelewengan pembelian kapal selam Scorpene. Perbincangan awal telah dibuat bersama SUARAM, dalam masa terdekat akan diumumkan siri Jelajah Nasional Skandal Scorpene : Dakwa ’Najib’ Pertualang Negara.

3. Media arus perdana yang tidak adil, melampau dan berniat jahat mempamer betapa terdesaknya regim pemerintah dan perkembangan ini harus dikekang maka SAMM melalui segmentasi latihan telah sedia untuk melahirkan seberapa banyak anak muda berkebolehan untuk menjadi agen penyampai yang efektif. Satu siri latihan dan gerak kerja penyampaian maklumat telah disusun di seluruh negara untuk perlaksanaan segera.

4. Selangor merupakan lubuk emas negara sehingga Umno dan Bn dilihat begitu terliur untuk mendapatkannya dengan perbagai usaha untuk merampas Selangor dari tangan rakyat. Najib sendiri menjadi Pengerusi Umno / Bn di Selangor untuk tujuan jahat itu. SAMM melihat usaha penyingkiran ‘Najib’ harus bermula di Selangor. Maka SAMM akan memberikan penumpuan khusus bagi menyusun massa muda di Selangor bagi tujuan itu.

5. SAMM mengajak rakyat melihat kemewahan luar biasa dalam aktiviti rasmi mahupun aktiviti peribadi pemimpin negara ketika hutang Malaysia hampir mencecah paras 'negara muflis' harus menjadi faktor penting mengapa kontrak pemerintahan regim ini wajib tidak diperbaharui. SAMM akan meneruskan usaha pendedahan penyelewengan regim dari masa ke semasa. SAMM akan terus berkerjasama dan menghargai usaha semua termasuk kakitangan awam yang mendedahkan maklumat penyelewengan. Kakitangan awam yang berani tampil mendedahkan penyelewengan regim adalah hero rakyat dan bagi kes tertentu SAMM akan memastikan identiti mereka terus dirahsiakan.

6. Selama ini Sabah dan Sarawak menjadi 'fix deposit' parti regim untuk terus menguasai negara namun melalui dua tinjauan mutakhir ini menyimpulkan ia tidak lagi sedemikian rupa. SAMM dengan ini akan turut memberikan tumpuan kepada perkembangan Sabah dan Sarawak dalam usaha menukar pemerintah negara. Satu program khusus sedang dirangka sesuai dengan maksud tersebut. Sebuah ormas yang dikenali sebagai APS dikenalpasti sesuai untuk menjadi rakan strategik SAMM.

7. SPR tetap gagal berfungsi dan sudah hilang kredibiliti maka SPR wajib dibubarkan terlebih dahulu sebelum Parlimen dibubar. Sudah terbukti warga asing yang memiliki IC palsu keluaran JPN telah didapati sah mengundi oleh SPR, menerbitkan situasi tiada pilihan selain melancarkan kempen 'Tangkapan dan Tindakkan Awam' terhadap warga asing serta agen tempatan yang membawa warga asing ini untuk mengundi secara tidak sah. Ini adalah kempen terbaik untuk memastikan tidak ada warga asing berani menghampiri pusat pembuangan undi sepanjang hari pilihanraya seterusnya menyelamatkan ibu pertiwi dari dirogol oleh musuh dan pengkhianat.

SAMM dalam rapat kebangsaan sebelum ini telah memberi amaran keras dan merancang kempen 'Tangkapan dan Tindakkan Awam' telah disambut hebat dan mendapat respon yang sangat positif supaya kempen ini dilaksanakan. Percayalah bahawa ada ketikanya semua agensi kerajaan yang seharusnya neutral tidak lagi boleh diharapkan apabila condong menjadi aparat pemerintah, ketika itu jugalah harapan untuk mempertahankan maruah kedaulatan negara ini dari tergadai hanya terletak di tangan rakyat sendiri.

Rakyat pasti berani mengambil bahagian dalam kempen ini dan tidak mungkin akan membiarkan warga Indonesia, Filipina, Bangladesh, Myanmar dan Vietnam menentukan masa depan negara dan anak bangsa. SAMM mengajak rakyat berfikir dalam satu contoh, bagaimana nasib rakyat Malaysia sekiranya ditangkap ketika cuba campurtangan mengundi dalam pilihanraya Indonesia? Sedangkan pertelagahan kecil antara dua negara ini menimbulkan ancaman bunuh terhadap rakyat Malaysia di Indonesia, inikan pula soal campurtangan menentukan halatuju negara.

8. SAMM juga membuat keputusan tidak melayan usaha kebudak-budakan segelintir manusia yang bertopeng pejuang reformasi tetapi bertelagah sesama sendiri demi kepentingan peribadi. Sememangnya wujud musang berbulu ayam dan mereka ini seharusnya diperhatikan namun ia seharusnya tidak menghilangkan fokus menyatu gerakan menumbang regim. Sentimen Asalkan Bukan Umno (ABU) menyatu gerakan rakyat menumbang musuh utama akan diteruskan. Kerjasama dengan sekutu – sekutu diperbagai peringkat akan dipertingkatkan. SAMM akan berkerjasama dengan semua pihak yang punya maksud sama iaitu menyelamatkan Malaysia.

Resolusi SAMM ini bukan sahaja akan menjadi pedoman dalam kerangka gerakan SAMM malah turut menjadi pedoman kepada semua anak muda yang sedia membabitkan diri dalam perlawanan menentang ketidak-adilan, rasuah ketirisan, rompakkan khazanah negara, penindasan dan kezaliman sejajar dengan penafian demokrasi yang menghalang perubahan regim pemerintah. Inilah "Pecutan Akhir Anak Muda menjelang PRU ke 13".

"Perubahan Itu Harus Didesak!"


EDY NOOR REDUAN
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)


* Resolusi SAMM yang terhasil dalam Rapat (Pengurusan) Kebangsaan siri 03/2012 telah disepakati oleh 28 Pengarah, Penyelaras Kebangsaan, Penyelaras Negeri dan Kawasan disaksikan oleh 58 komrad terpilih SAMM negeri yang hadir sebagai delegasi.

Scorpene: Jelajah SAMM heret Najib untuk dibicara

KUALA LUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan bekerjasama dengan semua pihak yang punya maksud sama iaitu menyelamatkan Malaysia. 
 

Sehubungan itu, Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan berkata resolusi SAMM sempena Rapat Kebangsaan Siri 3 di Sekinchan kelmarin bukan sahaja akan menjadi pedoman dalam kerangka gerakan SAMM malah turut menjadi pedoman kepada semua anak muda yang sedia membabitkan diri dalam perlawanan menentang ketidak-adilan, rasuah ketirisan, rompakkan khazanah negara, penindasan dan kezaliman sejajar dengan penafian demokrasi yang menghalang perubahan pemerintah.

Menurutnya, lapan resolusi SAMM sempena rapat itu yang perlu diangkat kepada massa, antaranya menegaskan negara ini sememangnya bermasalah, maka diputuskan walau apa pun terjadi, Barisan Nasional harus ditumbangkan demi menyelamatkan tanahair ini dan SAMM dengan seluruh kekuatan, strategi dan kebijaksanaan akan memastikan kemerdekaan rakyat yang sebenar.

Tambahnya, isu Scorpene merupakan isu penting bagi membuktikan kehilangan wang negara serta pengkhianatan terhadap tanahair ekoran penjualan rahsia negara yang melibatkan pemimpin negara.

Katanya, isu ini perlu diadili dalam negara di mana SAMM akan jelajah ke seluruh negara dalam usaha mengheret Najib Razak untuk dibicarakan di mahkamah Malaysia dalam skandal penyelewengan pembelian kapal selam Scorpene.

Menurutnya kagi, media arus perdana yang tidak adil, melampau dan berniat jahat mempamer betapa terdesaknya pemerintah dan perkembangan ini harus dikekang, maka SAMM melalui segmentasi latihan telah sedia untuk melahirkan seberapa banyak anak muda berkebolehan untuk menjadi agen penyampai yang efektif.

Di samping, ujarnya Selangor merupakan lubuk emas negara sehingga Umno dan BN dilihat begitu terliur untuk mendapatkannya dengan perbagai usaha untuk merampas Selangor dari tangan rakyat.

“Najib sendiri menjadi Pengerusi Umno BN di Selangor untuk tujuan jahat itu. SAMM melihat usaha penyingkiran ‘Najib’ harus bermula di Selangor. Maka SAMM akan memberikan penumpuan khusus bagi menyusun massa muda di Selangor bagi tujuan itu,” ujarnya.

Katanya, SAMM mengajak rakyat melihat kemewahan luar biasa dalam aktiviti rasmi mahupun aktiviti peribadi pemimpin negara ketika hutang Malaysia hampir mencecah paras 'negara muflis' harus menjadi faktor penting mengapa kontrak pemerintah wajib tidak diperbaharui.

Beliau berkata, selama ini Sabah dan Sarawak menjadi 'fix deposit' parti itu untuk terus menguasai negara namun melalui dua tinjauan mutakhir ini menyimpulkan ia tidak lagi sedemikian rupa.

Justeru, ujarnya SAMM akan turut memberikan tumpuan kepada perkembangan Sabah dan Sarawak dalam usaha menukar pemerintah negara.

Beliau menambah, resolusi ketujuh pula ialah SPR tetap gagal berfungsi dan sudah hilang kredibiliti, maka SPR wajib dibubarkan terlebih dahulu sebelum Parlimen dibubar.

Menurutnya, sudah terbukti warga asing yang memiliki IC palsu keluaran JPN telah didapati sah mengundi oleh SPR, menerbitkan situasi tiada pilihan selain melancarkan kempen 'Tangkapan dan Tindakkan Awam' terhadap warga asing serta agen tempatan yang membawa warga asing ini untuk mengundi secara tidak sah.

“Ini adalah kempen terbaik untuk memastikan tidak ada warga asing berani menghampiri pusat pembuangan undi sepanjang hari pilihanraya,” tegasnya.

Beliau menambah, SAMM juga membuat keputusan tidak melayan usaha kebudak-budakan segelintir manusia yang bertopeng pejuang reformasi tetapi bertelagah sesama sendiri demi kepentingan peribadi.

harakahdaily/-

Saturday 6 October 2012

RAPAT SAMM KEBANGSAAN CETUS SEMANGAT BARU SAMM PAHANG


Bermula 06 Oktober sehingga berakhir semalam (07 Okt), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kebangsaan telah mengadakan Rapat SAMM Kebangsaan bertempat di Sekinchan, Selangor.  Semua ahli SAMM dari semua negeri telah hadir termasuk dari SAMM Pahang.


Sepanjang Rapat SAMM tersebut, berbagai aturcara telah disediakan termasuk persembahan dari setiap SAMM Negeri.  Turut serta dijemput bagi menyampaikan ucapan dan kata-kata semangat/Dialog adalah Prof Dr Aziz Bari dan juga Sdri Faekah Hussin (Setiusaha MB Selangor).  Sudah tentunya amanat penting telah disampaikan oleh Penyelaras SAMM, Sdr Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard.

Sesi dialog bersama Prof Dr Aziz Bari
Sdri Faekah Hussin (S/Usaha MB Selangor)
SAMM Pahang pula diketuai oleh Penyelaras SAMM Pahang, Sdr Kamarul Hatta atau dikenali sebagai Bung Hatta dan juga Chegu Jee selaku Penolong Penyelaras SAMM Pahang merangkap Ketua SAMM Pahang Barat.

Hasil dari Rapat SAMM Kebangsaan ini, semua ahli SAMM berikrar akan terus bekerja bersungguh-sungguh untuk  menumbangkan rejim Umno/Bn dan tidak mengizinkan karenah politik sesetengah individu dan kumpulan menghalang usaha SAMM.


SAMM Pahang juga berikrar akan memberikan seluruh usaha dan tenaga membantu mana-mana pihak yang mempunyai keazaman yang sama iaitu untuk menjatuhkan rejim Umno/Bn di dalam PRU akan datang dan menabalkan sebuah kerajaan baru yang lebih adil dan dinamik.  

Menyediakan persembahan
Terima kasih diucapkan kepada SAMM Kebangsaan dan pihak yang menganjur Rapat SAMM kali ini yang telah menerima dengan baik komrad SAMM Pahang.  Terima kasih tidak terhingga juga diucapkan kepada semua ahli SAMM Pahang yang dapat meluangkan masa untuk bersama di Rapat SAMM Kebangsaan kali ini.  Teruskan Berjuang.  



BUNG HATTA
Penyelaras SAMM Pahang








Tuesday 2 October 2012

Lajim dedah Anwar dianugerah tanah di Sabah oleh Sakaran Dandai

Kenyataan Umum
2 Oktober 2012
 
Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim membahaskan belanjawan semalam (1 Okt 2012) dalam Dewan Rakyat telah bangkit Datuk Seri Panglima Lajim Ukim mencelah dengan soalan pendedahan bahawa Anwar Ibrahim pernah dianugerahkan tanah oleh Datuk Seri Panglima Sakaran Dandai ketika menjadi Ketua Menteri Sabah.

Selepas itu Anwar terus memberi respon dengan yakin menyatakan "Ya Benar tetapi anugerah tanah tersebut melalui surat dan bertanya adakah pemberian tanah kepada pemimpin ini menjadi amalan ?"

Mungkin ramai yang tidak perasan atau memberi perhatian terhadap celahan Lajim semalam dan respon Anwar.

Perlu dilihat inilah amalan biasa pemimpin Sabah yang mengampu pemimpin atasan Bn demi survival politik peribadi mereka. Namun pemimpin Bn Sabah inilah antara mereka yang kononya melaungkan sentimen politik kenegerian yang menyerang pemimpin PR kononya menyibuk di Sabah, kerana bagi mereka kehadiran orang semenanjung mengganggu. Namun mereka jugalah yang sanggup melihat rakyat Sabah menderita ramai tidak bertanah dan menumpang namun mereka menggunakan tanah Sabah untuk kepentingan mereka, mengampu dengan menyerahkan tanah.

Sepatutnya Lajim meneruskan pertanyaan dengan bangkit mencelah selepas Anwar respon menolak tanah dengan bertanya kepada pemimpin sebelah Bn khususnya dari Sabah, benarkah Dr. Mahathir punya tanah di Sabah dan benarkah isteri pemimpin utama Bn juga punya tanah di Sabah ? Dan jika ditanya kepada ahli parlimen siapa yang ada tanah di Sabah atau Sarawak sila keluar dewan nescaya hampir kosong kerusi di sebelah Bn dan jumlah milikan tanah masing masing cukup besar di negeri termiskin di Malaysia itu.

Harap sepanjang perbahasan ini ada ahli parlimen yang berani bangkit menyambung persoalan Lajim semalam,


che'GuBard
Penyelaras SAMM Kebangsaan