JOIN FACEBOOK KAMI

JOIN FACEBOOK KAMI
Join FaceBook, Sila Klik Logo

Thursday 10 May 2012

Pecah Masuk Ibu Pejabat Pahang






" KUANTAN 9 Mei: Pencerobohan Ibu Pejabat KEADILAN Pahang pada 6 Mei lalu dipercayai berunsur khianat bertujuan melumpuhkan KEADILAN negeri, kata Pengerusi Majlis Pimpinannya, Datuk Fauzi Abdul Rahman. 

Berdasarkan kerosakan dan kemusnahan pejabat, beliau percaya penceroboh bukan berniat mencuri. 

“Ini bukan kes kecurian biasa, tapi fail, komputer habis dimusnahkan. Nampak seperti mahu lumpuhkan aktiviti kami,” katanya dihubungi Keadilan Daily. 

Berikutan kejadian itu, seorang pemuda lingkungan 48 tahun berjaya ditangkap oleh anggota Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kuantan dan Indera Mahkota. 

“(Penjenayah) yang AMK tangkap itu hanya boneka mereka, tapi kita mahu siapa dalangnya. 

“Kalau betul orang yang ceroboh mahu mencuri takkan papan putih, penghawa dingin sengaja dirosakkan. Fail kedatangan mesyuarat juga mahu dicuri,” katanya. 

Menurut Fauzi, berdasarkan anggaran awal, pihaknya mengalami kerugian lebih kurang RM50,000 hingga RM60,000. 

“Mungkin banyak lagi kerugian kerana pendawaian elektrik juga dirosakkan, itu sebabnya saya kata ini unsur khianat yang didalangi seseorang. 

“Masa dapat tangkap penceroboh, dia ada beritahu orang yang menyuruhnya bernama Roslan, tapi kita tidak semestinya percaya kerana orang yang kena tangkap itupun penagih dadah,” katanya. 

Malah jelas Fauzi, penceroboh yang ditangkap itu kelihatan ‘gembira’ semasa dibawa ke balai polis. 

“Kita hairan juga apabila pemuda itu tidak langsung takut semasa dibawa ke balai, tidak tahulah sama ada dia kenal polis atau sudah biasa dibawa ke balai. 

“Bagaimanapun, kita akan siasat siapa dalang sebenar kerana penceroboh itu memberitahu bukan dia seorang sahaja tetapi ada empat kumpulan lain,” katanya yang percaya kejadian itu dilakukan penjenayah profesional./Keadilan Daily "


Tolong jangan buat kerja kerja tak berfaedah. Rosak satu , beli dua. Rosakkan semua harta benda kami tetap akan sambung perjalanan kami. S.A.M.M Pahang!



Katak KoooooooLeem !!




Saudara Wfauzdin ( Pahang) bersuara :


SEKALI lagi aku merasa yakin benar bahawa Zul Kulim memang seorang peguam yang bengap.  Memang benarlah seperti kata YB Khalid Samad bahawa Zul Kulim ini tidak pernah menang satu kes pun apabila beliau dipilih menjadi peguam mengendalikan mana-mana kes.

Paling hebat beliau rasa adalah apabila beliau menjadi tukang pikul beg dan fail peguam-peguam hebat yang membela DS Anwar semasa kes liwat 1 dahulu.  Atas tugas itu, beliau ke sana ke mari berceramah mengatakan beliau adalah peguam DS Anwar.  Menumpang tuah peguam-peguam yang lain sedangkan beliau tidak pernah pun berpeluang berhujah di dalam mahkamah ketika itu.

Terbaru yang menampakkan kebodohan Zul Kulim ini adalah apabila beliau mendakwa gambar lucah yang kononnya aksi Azmin Ali di dalam tandas itu adalah hasil orang-orang di dalam PKR sendiri.  Kononnya terdapat orang-orang di dalam PKR yang mahu melihat Azmin jatuh di dalam karier politik, maka dijaja gambar lucah berkenaan...... "

Artikel dipetik dari blog beliau. 

Sambungan untuk artikel penuh di link ini : -


Katak oh Katak


" Rakyat ke DEPAN ! "

Sunday 6 May 2012

SAMM Pusat Buka Talian SMS Untuk Mangsa Kezaliman Pihak Berkuasa




Kenyataan Terbuka
3 Mei 2012
SAMM Buka Talian SMS Untuk Mangsa Kezaliman Pihak Berkuasa
Secebis kesempatan diambil oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) untuk mengucapkan tahniah kepada semua rakyat yang hadir dalam apa jua bentuk sokongan bagi menjayakan perhimpunan BERSIH 3.0. Tahniah rakyat Malaysia, himpunan terbesar dalam sejarah negara tercipta 28 April 2012.
Ternyata 'benchmark' himpunan rakyat terbesar di awal zaman reformasi suatu ketika dahulu telah dipecahkan oleh kejayaan BERSIH 3.0 dengan menghimpun 300 ribu rakyat di 11 venue seluruh Malaysia dan 73 negara di seluruh dunia. Ini suatu kejayaan mutlak hasil tindakbalas rakyat bagi menghalang cubaan pihak kerajaan pemerintah mengekalkan kuasa melalui pelbagai helah dan penipuan pilihanraya.
SAMM yang terlibat secara langsung dalam menjayakan BERSIH 3.0, menyedari pelbagai kesulitan dan kesengsaraan dilalui oleh semua peserta himpunan di atas ketelanjuran pihak berkuasa yang bukan sahaja gagal memastikan keamanan, tetapi telah merusuh di atas khabar angin yang sengaja diatur. Akhirnya ramai peserta yang mendapat kecederaan akibat dirempuh dan dibelasah oleh pihak polis yang 'hilang pedoman'. Ramai juga peserta yang ditangkap dan dibawa ke Pulapol.
 
Tidak kurang juga peserta himpunan BERSIH yang mengalami kerugian di atas kehilangan harta benda hasil daripada rusuhan pihak berkuasa. Para wartawan yang menjadi pemerhati berkecuali juga turut menjadi mangsa kezaliman pihak berkuasa sehingga ada alat media milik mereka dirampas.
Justeru itu, SAMM membuka talian SMS dan juga menyediakan email untuk semua mangsa kezaliman/keganasan/tangkapan pihak polis bagi menyatakan pengalaman masing-masing terutamanya mereka yang dipukul samada separuh mati atau hampir mati, diheret ke Pulapol dan juga yang mengalami kerugian/kehilangan harta benda di atas rusuhan pihak polis. Berikut adalah nombor talian SMS dan alamat email:
Nombor talian SMS : 018-9235083
Talian di atas juga dibuka kepada peserta yang mempunyai apa jua permasalahan dan kesulitan yang tidak berjaya diselesaikan seperti urusan dengan pihak polis dan keperluan khidmat guaman. Sila sertakan info/maklumat untuk dihubungi bagi keperluan makluman selanjutnya. Pengamal media juga dialu-alukan untuk memberi bantuan hebahan.
 
Pihak SAMM mengambil tanggungjawab untuk memastikan tiada mangsa yang dibiarkan dan tidak dibela setelah kita bersama 28 April 2012 menjadi sebahagian daripada sejarah menerpa kejayaan BERSIH 3.0 demi pilihanraya bersih dan adil serta ruang demokrasi yang terjamin.
Sekian
"Perjuangan Adalah Perlaksanaan Kata-Kata"
EDYES REDUAN
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)


** dipetik dari anakmudamalaysia.com