JOIN FACEBOOK KAMI

JOIN FACEBOOK KAMI
Join FaceBook, Sila Klik Logo

Tuesday 28 August 2012

HARI INI DAN ESOK SAMM PAHANG MULA BERGERAK KE KL - JANJI DEMOKRASI#BERSIH


Seluruh rakyat Malaysia menanti detik 31 Ogos 2012 bagi menyambut Hari Ulang Tahun Kemerdekaan Negara ke 55.  Bagi SAMM Pahang, tanggungjawab kami adalah untuk menentukan kemerdekaan yang diraikan selama ini benar-benar satu kemerdekaan yang tulen iaitu sebuah negara yang aman, bebas dan adil.


Sehubungan itu, SAMM Pahang akan turut bersama rakyat di dalam menyambut malam 31 Ogos ini di Dataran Merdeka dengan thema yang lebih releven iaitu "SEBANGSA, SENEGARA, SEJIWA".  Bersama-sama dengan lebih 47 NGO yang lain, kami akan berada di Dataran Merdeka untuk meraikan "Janji Demokrasi#BERSIH" bermula jam 10.00 malam pada 30 Ogos ini.

Dari Pahang, kumpulan SAMM akan bergerak di dalam dua peringkat iaitu peringkat pertama lebih awal pada 29 Ogos, manakala peringkat kedua pula adalah pada 30 Ogos ini.  Tidak kurang dari 50 ahli SAMM Pahang telah menyatakan minat mereka untuk hadir bersama. 


Monday 27 August 2012

SAMM PAHANG BANTU KAWALAN KESELAMATAN SEMPENA KUNJUNGAN YB NURUL IZZAH KE PAHANG PADA 28 OGOS INI

Penyelaras SAMM Pahang, Sdr Kamarul Hatta @ Bung Hatta menyeru kepada semua ahli SAMM Pahang agar turun membantu di dalam aspek keselamatan sempena lawatan Naib Presiden KEADILAN, YB Nurul Izzah ke Pahang pada 28 Ogos (Selasa) ini.

Lokasi pertama yang menjadi kunjungan YB Nurul Izzah adalah di Keratong 8, Rompin di dalam Majlis Jamuan Hari Raya Eidul Fitri anjuran KEADILAN Rompin.  Program bermula jam 02.00 petang di tapak perniagaan Felda Keratong 8.  

Kemudiannya, YB Nurul Izzah akan menghadiri Majlis Hi-Tea di Markas PAS (MTD) Peramu Jaya, Pekan mulai jam 05.00 petang.  

Program makan malam pula akan diadakan di Restoren Mexica, Kuantan mulai jam 07.30 malam.  Lebih kurang jam 10.00 malam, YB Nurul Izzah akan berceramah di Markas PAS Putra Balok dan kemudiannya berceramah di Taman Seri Mahkota Aman, Batu 11, Kuantan.

SAMM Pahang akan bersama KOBAT (Kor Bekas Angkatan Tentera) untuk membantu petugas-petugas di dalam aspek keselamatan sepanjang program diadakan.  Mohon semua ahli SAMM Pahang turun membantu bagi menjayakan program ini.

Sunday 19 August 2012

AL FATIHAH - SAMM PAHANG UCAP TAKZIAH

SAMM Pahang melahirkan rasa sedih dan dukacita di atas pemergian Allahyarham Mohd Izawan, salah seorang dari Komrad SAMM Negeri Sembilan ke Rahmatullah akibat kemalangan jalanraya baru-baru ini.

SAMM Pahang mengucapkan takziah kepada waris Allahyarham, semoga mereka diberi kekuatan dan kesabaran menghadapi ujian ini.

Marilah kita sama-sama mendoakan agar Roh Allahyarham di tempatkan di kalangan hamba-hamba Allah yang beriman dan Soleh.  Perjuangan beliau akan menjadi inspirasi buat kami dari SAMM Pahang.  AL FATIHAH.

Thursday 16 August 2012

SELAMAT HARI RAYA, TERUSKAN PERJUANGAN - SAMM PAHANG


Kami dari Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Pahang secara tulus ikhlas mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Idul Fitri kepada semua umat Islam, semoga semua amalan kita sepanjang Bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, sebelum dan selepasnya diterima Allah SWT,

SAMM Pahang memohon ribuan kemaafan dari semua pengunjung Blog dan FaceBook kami sekiranya terdapat salah bicara dan menyinggung perasaan anda semua.  Mudah-mudahan ujian di Bulan Ramadhan yang dilalui akan memperkuatkan azam kita untuk meneruskan perjuangan bagi menuntut sebuah negara yang bersih, adil dan berkebajikan.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

Tulus Ikhlas Dari;

KAMARUL HATTA @ BUNG HATTA
Penyelaras SAMM Pahang

Sunday 12 August 2012

MENJELANG 31 OGOS, BERBAJU KUNING BERSIH KIBARKAN JALUR GEMILANG

SAMM mengajak semua rakyat tak kira latar belakang untuk sama meraikan sambutan mengira detik menjelang ulang tahun kemerekaan negara dengan serba kuning.

Ingat ;
#Janji BERSIH
30 Ogos 2012, 10 malam,
dekat Pancuran Air Dataran Merdeka.
Jumpa di sana !
SAMM Pahang menyokong sepenuhnya ketetapan yang dibuat oleh SAMM Pusat di bawah Penyelaras SAMM, Chegu Bard seperti yang disiarkan di dalam blog beliau di SINI.


Sehubungan itu, tiada sebab dan alasan untuk kami dari SAMM Pahang tidak menyertai sambutan mengira detik memperingati hari kemerdekaan negara yang kami yakin seluruh warga muda negara ini bersemangat patriotik.

Kami menyeru seluruh Komrad SAMM Pahang turun beramai-ramai ke Dataran Merdeka pada tarikh yang dinyatakan di atas.  Bukan untuk kita berdemontrasi, tetapi kita tampil dengan berbaju Kuning BERSIH untuk bersama-sama rakyat jelata yang lain meraikan sambutan hari bersejarah itu.  Kibarkan Jalur Gemilang kebanggaan kita.

"SEBANGSA, SENEGARA, SEJIWA"

"JANJI BERSIH"

Kamarul Hatta
Penyelaras SAMM Pahang