JOIN FACEBOOK KAMI

JOIN FACEBOOK KAMI
Join FaceBook, Sila Klik Logo

Friday 28 December 2012

BANJIR - RUMAH PENYELARAS SAMM JUGA MENJADI MANGSA

Penyelaras SAMM Pahang, Sdr Bung Hatta adalah di antara yang terlibat di dalam Skuad Penyelamat dan Bantuan kepada mangsa-mangsa banjir sekitar Kuantan dan Indera Mahkota di bawah KEADILAN Kuantan dan Indera Mahkota.

mengemas rumah Sdr Hatta yang dilanda banjir
Bantuan dari rakan-rakan tidak mengira kaum
Di dalam kesibukan beliau membantu mangsa-mangsa banjir tidak kira siang atau malam, tanpa disedari rumah beliau di Kg Galing, Kuantan juga turut dinaiki air sehingga menyebabkan beberapa peralatan rumah yang rosak.  

Semoga Bung Hatta diberi kekuatan dan ketabahan
Begitulah perjuangan beliau tanpa memikirkan kepentingan diri atau keluarga sendiri.  Terima kasih SAMM Pahang kepada Skuad yang dibentuk beserta rakan-rakan yang turut membantu keluarga Sdr Bung Hatta.  Lawan Tetap Lawan!!

Keluarga beliau turut menerima sumbangan

Monday 24 December 2012

BICARA SANTAI PESERTA PEJALAN KAKI ANJURAN SAMM PAHANG BUKTI SEMANGAT DAN SETIAKAWAN DI ANTARA KAUM

Meriah!!  Itulah yang boleh diperkatakan terhadap Program Bicara Peserta Pejalan Kaki Kumpulan Hijau malam tadi di Kg Tengah, Kuantan.  Meskipun program anjuran SAMM Pahang tersebut diadakan di sebuah warung, namun kehadiran masyarakat setempat amat membanggakan tanpa menghiraukan hujan yang lebat ketika program berlangsung.

Penyelaras SAMM Pahang sebagai Moderator program malam tadi berjaya kendalikan majlis dengan baik
Sdr Wong, anak muda yang terlibat berjalan kaki
Sdr Hafiz dari Unit Amal juga terlibat dalam Kumpulan Hijau
Kehadiran dramatis, Man Kadir@Pak Jabit (Hantu Kak Limah Balik Kampong) berjaya menghidupkan suasana berbentuk santai malam tadi.  Beberapa peserta yang terlibat di dalam Program Berjalan Kaki sejauh 300 KM dari Kuantan ke Dataran Merdeka, KL telah memberikan ucapan menceritakan pengalaman mereka sepanjang perjalanan.

Adik@Zamri Zanal, anak muda yang membacakan deklerasi sewaktu di Dataran Merdeka baru-baru ini turut menceritakan pengalaman beliau

Program yang diPengerusikan oleh Penyelaras SAMM Pahang sendiri, Sdr Bung Hatta menampilkan Sdr Hafiz dari Unit Amal , Wong dari SAMM dan adik@ Zamri Zanal juga dari SAMM untuk mengisahkan pengalaman mereka.  Turut berucap adalah bekas tentera yang banyak terlibat di dalam program berjalan kaki ini walaupun tidak sepenuhnya iaitu Sdr Gafar.  Penyelaras KOBAT (Kor Bekas Angkatan Tentera), Wfauzdin NS juga turut dijemput berucap sebagai tanda sokongan moral kepada Kumpulan Hijau.

Penyelaras KOBAT, Sdr Wfauzdin NS berucap
Sdr Gafar (Bekas Tentera) turut diberi kesempatan berucap
Sdr Lee Chean Chung, Pemangku Ketua Cabang KEADILAN Indera Mahkota yang juga salah seorang peserta Kumpulan Hijau dan orang kuat kumpulan ini turut memberikan ucapan dengan penuh semangat.   

Sdr Lee Chean Chung memberikan ucapan dan kata-kata semangat untuk terus memperjuangkan bantahan terhadap Lynas
Berbagai kaum hadir memenuhi warung


Program bertambah hidup dengan ceramah penuh semangat oleh Man Kadir@Pak Jabit yang sesekali mencuit hati mereka yang berada di warung malam tadi.  Beliau memberi jaminan PR akan membatalkan operasi Lynas sekiranya berjaya menawan Pahang dan Putrajaya.  Kejayaan peserta Kumpulan Hijau menamatkan perjalanan mereka serta disambut oleh puluhan ribu rakyat berbagai kaum dan agama di Dataran Merdeka menunjukkan isu Lynas bukan dimonopoli oleh kaum Cina semata-mata.

Man Kadir@Pak Jabit berceramah berjaya mencuit hati para hadirin
Kesimpulannya, program malam tadi berjaya dilangsungkan hasil dari kerjasama semua pihak.  SAMM Pahang mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dan penduduk setempat yang telah memberikan sokongan.

SAMM Pahang di mana-mana........Ngammmm!!


Saturday 22 December 2012

MALAM INI - BICARA PEJALAN KAKI ANTI LYNAS BERSAMA SAMM PAHANG DI KG TENGAH, KUANTAN



BICARA Pejalan Kaki dari kumpulan Anti Lynas akan bersama SAMM Pahang malam ini untuk menceritakan pengalaman mereka di dalam mengharungi perjalanan 300 KM dari Kuantan ke Dataran Merdeka, KL baru-baru ini.

Program akan diadakan di Warung Mok Teh, Kg Tengah, Kuantan mulai jam 09.00 malam.  Turut dijemput adalah Man Kadir@Pak Jabit.  

Ayuhhh....mohon hebahkan dan datanglah beramai-ramai.

Friday 21 December 2012

KL 112 - SAMM PAHANG SIAP SEDIA

Jelajah Anak Muda Menuju KL112 – 1 juta rakyat


 
 
JELAJAH ANAK MUDA MENUJU #KL112 – 1 JUTA RAKYAT!

Bagi menggandakan momentum mobilisasi ke arah Hari Kebangkitan Rakyat #KL112, satu inisiatif besar telah disusun oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan kerjasama sekutu anak muda terdiri daripada Solidariti Mahasiswa Malaysia dan dengan sokongan seketreriat HKR, satu roadshow Jelajah Anak Muda Menuju #KL112 akan menjengah ke seluruh Negara.

Pihak secretariat Jelajah Mobilisasi Menuju #KL112 juga menjemput semua NGO yang mempunyai tuntutan rakyat untuk hadir ke pentas jelajah ini bagi terus menghasut orang ramai hadir ke Kuala Lumpur pada tarikh yang dimaksudkan. NGO diberi keutamaan dan setakat ini, hampir semua venue jelajah akan dihiasi oleh warna-warna NGO bertuntutan.

Harapan secretariat Jelajah Mobilisasi Menuju #KL112 agar maklumat jelajah bersifat ‘countdown HKR’ ini dapat dihebahkan sebaik yang mungkin bagi memberikan impak terbesar menjelang perhimpunan paling besar dalam sejarah negara – yang menampilkan… 1 Juta Rakyat!

Bermula di Kelantan pada 26 Disember, iaitu 16 hari menjelang #KL112, seterusnya Jelajah Anak Muda akan menjengah semua negeri di semenanjung dengan 12 lokasi dan kemuncak jelajah ‘Final Countdown’ akan berlangsung di lokasi bersejarah negara iaitu Padang Kelab Sultan Sulaiman Kg Baru, Kuala Lumpur pada 11 Januari 2013 mengira detik 12 Januari 2012

DISEMBER 26 – TAPAK EXPO, MACHANG, KELANTAN (pertanyaan 019-9317608)

DISEMBER 28 – TAMAN RIA MESRA, GURUN, KEDAH (pertanyaan 017-5568557)

DISEMBER 29 – BUKIT GEDONG, BAYAN BARU P.PINANG (pertanyaan 017-4760274)

DISEMBER 30 – DATARAN DSAI, TAMBUN TULANG, PERLIS (pertanyaan 019-4342244)

JANUARI 1 - KG BUKIT PULAU, BUKIT KATIL MELAKA (pertanyaan 012-2478016)

JANUARI 2 - TAMAN TASEK JAYA, PAROI N.SEMBILAN (pertanyaan 0123696474)

JANUARI 4 - DEWAN DATO FAUZI, SEKINCHAN SELANGOR (pertanyaan 012-3312364)

JANUARI 5 - PADANG PPR, KEMPAS JOHOR (pertanyaan 012-7030747)

JANUARI 6 - TAMAN MUHIBBAH, TEMERLOH PAHANG (pertanyaan 017-9573855)

JANUARI 8 - MARKAS PAS MASJID TINGGI, BAGAN SERAI PERAK (ptnyn 012-5595258)

JANUARI 9 - DEPAN MYDIN KUALA IBAI, K.TERENGGANU (pertanyaan 019-9809974)

JANUARI 11 - KELAB SULTAN SULAIMAN, KG BARU KUALA LUMPUR (pertanyaan 0123696474)

Antara tuntutan yang bersama;

ANAK : Perjuangan menuntut hak dan kebajikan Generasi kedua FELDA

KASE : Menuntut proses saman dan pendidikan trafik yang telus, menuntut pemansuhan AES

Anti Lynas : Himpunan hijau perjuangan menyelamatkan alam sekitar demi masa depan

Royalti : Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas

SMM : Mansuhkan PTPTN dan Menuntut pendidikan percuma

BERSIH : Menuntut 8 perkara asas demi sebuah pilihanraya telus dan adil

Program jelajah mengandungi beberapa aktiviti penting seperti

§ Ceramah Perdana – Rapat Umum menampilkan pimpinan muda dari perbagai latar belakang

§ Pengedaran risalah dan penerangan dalam kumpulan – kumpulan kecil. Sebanyak 250,000 risalah kenapa anak muda harus bersama jayakan #KL112 akan diedarkan ke seluruh negara

§ Perjumpaan dengan ormas dan pimpinan muda di perbagai peringkat bagi memaksimakan impak #KL112


Dibacakan oleh

Edy Noor Reduan
wakil SAMM

Tuesday 11 December 2012

PENYELARAS SAMM PAHANG DI KONTI "SANTAI FM"

Malam tadi (11 Disember 2012) mulai jam 10.00 malam selama 1 jam, Penyelaras SAMM Pahang, Sdr Bung Hatta telah ditemubual secara bersantai di Stesen Radio Internet "Santai FM" oleh DJ Santai FM yang juga Blogger/Penyelaras KOBAT (Kor Bekas Angkatan Tentera), Sdr Wfauzdin NS.

Berbagai perkara telah dibualkan khususnya berkaitan perkembangan SAMM Pahang dan hala tuju perjuangan NGO ini.  Sdr Bung Hatta juga telah menceritakan beberapa pengalaman beliau bermula dari beliau menceburi politik sehinggalah kini menumpukan kepada SAMM Pahang. 

Turut disentuh oleh beliau adalah tentang beberapa perancangan dan aktiviti SAMM Pahang termasuk program Santai Anak Muda yang dijadualkan pada awal bulan Januari tahun depan bertempat di Temerloh.  Tarikh sebenar serta beberapa maklumat terperinci akan dimaklumkan kemudian.

SAMM Pahang mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada Radio Santai FM yang sudi menjemput Penyelaras SAMM Pahang sebagai tetamu stesen radio ini.  Ayuh, kita meriahkan radio Santai FM dengan mengikutinya di http://santai.fm

Bung Hatta sedang ditemubual oleh Wfauzdin NS

Persediaan sebelum 'On Air".  Sdr Suhaimi (berdiri) orang kuat Santai FM yang juga Juruteknik sedang melakukan tugasan