JOIN FACEBOOK KAMI

JOIN FACEBOOK KAMI
Join FaceBook, Sila Klik Logo

Tuesday, 6 November 2012

SCORPENE MEMANASKAN SUHU DI PEKAN

Rakyat Malaysia tidak pernah melupakan isu Scorpene iaitu sebuah kapal selam untuk kegunaan pertahanan negara yang dikatakan amat 'kontroversi' dengan isu komisyen dan paling mengejutkan apabila ianya dikaitkan dengan kes pembunuhan Altantuya.  Benarkah dakwaan ini?  


Rakyat harus mendapatkan maklumat secara berfakta dari pihak yang berani tampil membuat pendedahan berkaitan isu ini.  Benarkah terdapatnya komisyen lebih kurang RM 500 Juta di dalam urusan pembelian kapal selam ini?  Adakah benar dokumen sulit pertahanan dijual sewaktu urusan pembelian tersebut?  Dan, apa kaitannya dengan kes pembunuhan Altantuya?

Justeru itu, atas inisiatif Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersama Pertubuhan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) maka diadakan siri Jelajah SAMM dan SUARAM ke seluruh negeri bagi memperjelaskan tentang isu ini.  Setiap penjelajahan, diadakan dua siri iaitu siri Taklimat Tertutup dengan beberapa NGO dan siri Ceramah Scorpene.


Pada 10 hb November (Sabtu) ini, tibalah giliran Pahang pula untuk dikunjungi oleh SAMM dan SUARAM.  Maka, SAMM Pahang selaku Tuan Rumah telah bersedia menanti kunjungan tersebut.  Aturcara adalah seperti berikut:

Siri Taklimat Scorpene Oleh SUARAM:

Tarikh:  10 November 2012 (Sabtu)
Jam:  03.00 Petang
Tempat:  Pusat Khidmat Dun Semambu, Jalan Hj Ahmad, Kuantan

Kehadiran:  Ketua-Ketua/Penerangan Cabang/Kawasan/Penceramah dari Pakatan Rakyat Pahang.
                    Pertubuhan Bukan Kerajaan di Negeri Pahang (Terhad)

Siri Ceramah Scorpene:

Tarikh:  10 November 2012 (Sabtu)
Jam:  09.00 Malam
Tempat:  Padang Awam, Taman Indera Sempurna, Pekan

Kehadiran:  Semua rakyat Pahang dijemput hadir.


No comments:

Post a Comment