JOIN FACEBOOK KAMI

JOIN FACEBOOK KAMI
Join FaceBook, Sila Klik Logo

Friday 18 January 2013

"HATTA THE GREAT" - SAMM PAHANG KL112


Bung Hatta "The Great".  Sepanjang perjalanan dari Kg Bharu lokasi budak-budak SAMM berkumpul sebelum bergerak ke Stadium Merdeka untuk HKR#112, riuh rendah, gempak gempita golongan muda menjerit agar rejim berkubur segera.



Tahniah SAMM.  Syabas budak-budak SAMM Pahang yang 'cool' dan berani bergerak setapak demi setapak sehingga menjadi di antara ratusan ribu yang memenuhi luar dan dalam Stadium Merdeka pada 12 Januari yang lalu.



Kini, tumpukan kepada bekerja dan terus bekerja....pastikan rejim berkubur!!

Thursday 10 January 2013

HIMPUNAN KL112# - ARAHAN SAMM PAHANG

Mulai hari ini, sebilangan besar Komrad SAMM Pahang telah pun bergerak ke KL menuju ke lokasi pertama iaitu di Kelab Padang Sultan Sulaiman, Kg Bharu untuk program ceramah malam ini.  Lokasi kedua bakal dipenuhi oleh Komrad SAMM nanti sudah tentunya Stadium Merdeka, KL pada 12 Januari (Sabtu) esok.

Arahan dari SAMM Pusat, semua Komrad SAMM berkumpul di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kg Bharu mulai malam ini jam 08.30 dengan berpakaian KUNING/BERSIH/KEBANGKITAN RAKYAT.  Pada 12 Januari 2013, mula berkumpul di tempat yang sama dengan berpakaian HITAM (Baju SAMM).  Arahan berkumpul Komrad SAMM akan dimaklumkan malam ini sewaktu program ceramah oleh Chegu Bard.

SAMM Pahang mewajibkan semua ahli SAMM Negeri ini untuk hadir malam ini dan esok (Sabtu).  Jika ingin menyertai konvoi bersama kumpulan Penyelaras SAMM Pahang, Sdr Bung Hatta, sila hubungi beliau untuk masa pergerakan.

Monday 7 January 2013

PROGRAM JELAJAH ANAK MUDA DI PAHANG BERJAYA


Pada 06 Jan 2013 baru-baru ini, Program Jelajah Anak Muda "Himpunan Kebangkitan Rakyat" KL112# telah diadakan di Taman Muhibbah, Temerloh, Pahang.  Pada sebelah petangnya diadakan Santai Anak Muda bertempat di Esplaned Temerloh.

Chegu Bard turut membantu mendirikan pentas di atas lori
Kumpulan "R" (Royalti)
Program bermula pada petangnya sehingga ke malam telah mendapat sambutan yang baik di mana ramai anak-anak muda yang terlibat.  Pada sebelah malam, kemuncak perhimpunan telah menampilkan beberapa penceramah yang rata-ratanya terdiri dari anak-anak muda yang mewakili NGO serta Persatuan Mahasiswa.

Penyelaras SAMM Pahang, Sdr Bung Hatta selaku Pengerusi Program Ceramah
Aktivis, Sdr Hishamuddin Rais 'menghasut' rakyat turun ke KL pada 12 Jan ini
Pengerusi KEADILAN Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman
Di antara yang berucap adalah Ketua Kumpulan 'R" tuntutan Royalti Pahang, Sdr Safwan dari Mahasiswa (SMM), Sdr Eddy (SAMM), Sdr Hishamuddin Rais (Tukar Tiub) dan beberapa yang lain.  Wakil dari KOBAT (Kor Bekas Angkatan Tentera) iaitu Penyelaras KOBAT, Sdr Wfauzdin NS turut berucap rengkas.  Pimpinan politik juga dijemput menyampaikan ucapan di antaranya Pengerusi KEADILAN Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman, YB Syed Hamid(Adun Semantan), Sdr Nizam Hamid (Ketua Cabang Temerloh) dan menampilkan juga YB Ng Swee Lim (Adun Sekinchan).

Adun Sekinchan, YB Ng Swee Lim menggamatkan suasana dengan loghat jawanya.
Kemuncak pidato malam itu, Penyelaras SAMM Kebangsaan Sdr Badrul Hisham @ Chegu Bard tampil di pentas mengajak semua rakyat jelata Negeri Pahang turun ke KL menuju Stadium Merdeka pada 12 Januari ini nanti untuk menunjukkan bantahan kita kepada tindakan kerajaan yang gagal memenuhi tuntutan BERSIH selama ini.

Orang ramai yang hadir memenuhi kawasan ceramah
Pertama kalinya, program ceramah malam itu disiarkan secara langsung melalui Radio Internet "KOBAT FM" yang baru beroperasi dengan kerjasama rakan penyiaran "Santai FM".

Chegu Bard, Penyelaras SAMM tampil sebagai pemidato terakhir
Program ceramah yang telah diPengerusikan oleh Penyelaras SAMM Pahang, Sdr Hatta amat berjaya dan mencapai objektif dan sasarannya.  Kehadiran orang ramai pada malam itu amat membanggakan sekali.  Ayuh, kita turun ke KL pada 12 Jan ini nanti.

Friday 4 January 2013

SIAP SEDIA UNTUK BERSIH - AYUH KE TEMERLOH 06 JAN 13 (AHAD) INI


Menjelang 12 Januari 2013, Himpunan BERSIH yang bakal diadakan di Stadium Merdeka nanti, kita khususnya rakyat Pahang mesti telah bersiap sedia dengan kekuatan mental dan fizikal.

Untuk tujuan itu, Pra BERSIH atau kemuncak Himpunan Kebangkita Rakyat Negeri Pahang akan diadakan pada 06 Januari 2013 (Ahad) ini bertempat di Taman Muhibbah, Temerloh.

Ayuh kita beramai-ramai ke sana.....

Wednesday 2 January 2013

SAMM PAHANG SOKONG PRESIDEN FAM LETAK JAWATAN

Kenyataan Terbuka
2 Januari 2013

SAMM Sokong Gerakan Mendesak Presiden FAM Letak Jawatan

Satu kumpulan anak muda peminat sukan tanahair yang menggelarkan diri mereka sebagai gerakan ‘Presiden FAM Sila Letak Jawatan’ (PFSLJ) telah muncul ketika bolasepak negara berada di paras paling merundum dalam sejarah. Kemunculan kumpulan ini yang mendesak presiden FAM meletakkan jawatan adalah suatu menifestasi yang wajar diberi perhatian.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memuji keberanian kumpulan anak muda PFSLJ yang diwakili oleh Alfadli Awaluddin dan seterusnya SAMM menyokong gerakan ini sebagai tanda mencintai sukan bolasepak yang diiktiraf sukan paling popular negara sejak ia diperkenalkan.

Bagi SAMM, sekiranya FAM benar-benar mengamalkan sikap profesionalisma dalam pengurusan FAM itu sendiri maka sebarang rombakkan tampuk kepimpinan tertinggi FAM adalah satu perkara yang sangat positif. Di sini SAMM melihat betapa kedudukan Presiden dan Timbalan Presiden FAM adalah paling ideal untuk ditukar ganti dan SAMM yakin negara ini tidak ketandusan pemimpin yang berpengetahuan luas dalam bidang sukan bolasepak.

Sudah sekian lama sukan bolasepak tanahair tidak berada dalam kelompok utama kuasa bolasepak asia, malah bolasepak negara masih berada ditakuk di yang lama dan dipersenda oleh pasukan kerdil walaupun puluh jutaan ringgit telah dilaburkan. Prestasi ibarat yo-yo dan hanya menang satu kejohanan utama sejak berpuluh tahun tidak boleh dijadikan sandaran, atas nama profesional badan bolasepak FAM harus berevolusi dengan keputusan drastik.

SAMM juga melihat perletakkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden FAM adalah suatu yang sangat dinanti-nanti dan disokong oleh seluruh peminat bolasepak tanahair biarpun ia sukar diluahkan oleh faktor yang tertentu. Dari bancian dan maklum balas peminat, desakan perletakan jawatan tertinggi FAM amatlah dialu-alukan. Oleh sebab itu SAMM memuji gerakan yang dilakukan oleh Alfadli Awaluddin melalui PFSLJ dan ia adalah satu simbol keberanian anak muda.

Sekiranya tuntutan PFSLJ tidak dilayan, maka SAMM mengambil kesempatan ini untuk mengajak seluruh peminat bolasepak tanahair turun ke Kuala Lumpur pada tarikh 12 Januari 2013 (#KL112) kerana gerakan ini juga wajar diiktiraf sebagai satu gerakan rakyat, menuntut keadilan demi sukan negara.


Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda SAMM

Friday 28 December 2012

BANJIR - RUMAH PENYELARAS SAMM JUGA MENJADI MANGSA

Penyelaras SAMM Pahang, Sdr Bung Hatta adalah di antara yang terlibat di dalam Skuad Penyelamat dan Bantuan kepada mangsa-mangsa banjir sekitar Kuantan dan Indera Mahkota di bawah KEADILAN Kuantan dan Indera Mahkota.

mengemas rumah Sdr Hatta yang dilanda banjir
Bantuan dari rakan-rakan tidak mengira kaum
Di dalam kesibukan beliau membantu mangsa-mangsa banjir tidak kira siang atau malam, tanpa disedari rumah beliau di Kg Galing, Kuantan juga turut dinaiki air sehingga menyebabkan beberapa peralatan rumah yang rosak.  

Semoga Bung Hatta diberi kekuatan dan ketabahan
Begitulah perjuangan beliau tanpa memikirkan kepentingan diri atau keluarga sendiri.  Terima kasih SAMM Pahang kepada Skuad yang dibentuk beserta rakan-rakan yang turut membantu keluarga Sdr Bung Hatta.  Lawan Tetap Lawan!!

Keluarga beliau turut menerima sumbangan

Monday 24 December 2012

BICARA SANTAI PESERTA PEJALAN KAKI ANJURAN SAMM PAHANG BUKTI SEMANGAT DAN SETIAKAWAN DI ANTARA KAUM

Meriah!!  Itulah yang boleh diperkatakan terhadap Program Bicara Peserta Pejalan Kaki Kumpulan Hijau malam tadi di Kg Tengah, Kuantan.  Meskipun program anjuran SAMM Pahang tersebut diadakan di sebuah warung, namun kehadiran masyarakat setempat amat membanggakan tanpa menghiraukan hujan yang lebat ketika program berlangsung.

Penyelaras SAMM Pahang sebagai Moderator program malam tadi berjaya kendalikan majlis dengan baik
Sdr Wong, anak muda yang terlibat berjalan kaki
Sdr Hafiz dari Unit Amal juga terlibat dalam Kumpulan Hijau
Kehadiran dramatis, Man Kadir@Pak Jabit (Hantu Kak Limah Balik Kampong) berjaya menghidupkan suasana berbentuk santai malam tadi.  Beberapa peserta yang terlibat di dalam Program Berjalan Kaki sejauh 300 KM dari Kuantan ke Dataran Merdeka, KL telah memberikan ucapan menceritakan pengalaman mereka sepanjang perjalanan.

Adik@Zamri Zanal, anak muda yang membacakan deklerasi sewaktu di Dataran Merdeka baru-baru ini turut menceritakan pengalaman beliau

Program yang diPengerusikan oleh Penyelaras SAMM Pahang sendiri, Sdr Bung Hatta menampilkan Sdr Hafiz dari Unit Amal , Wong dari SAMM dan adik@ Zamri Zanal juga dari SAMM untuk mengisahkan pengalaman mereka.  Turut berucap adalah bekas tentera yang banyak terlibat di dalam program berjalan kaki ini walaupun tidak sepenuhnya iaitu Sdr Gafar.  Penyelaras KOBAT (Kor Bekas Angkatan Tentera), Wfauzdin NS juga turut dijemput berucap sebagai tanda sokongan moral kepada Kumpulan Hijau.

Penyelaras KOBAT, Sdr Wfauzdin NS berucap
Sdr Gafar (Bekas Tentera) turut diberi kesempatan berucap
Sdr Lee Chean Chung, Pemangku Ketua Cabang KEADILAN Indera Mahkota yang juga salah seorang peserta Kumpulan Hijau dan orang kuat kumpulan ini turut memberikan ucapan dengan penuh semangat.   

Sdr Lee Chean Chung memberikan ucapan dan kata-kata semangat untuk terus memperjuangkan bantahan terhadap Lynas
Berbagai kaum hadir memenuhi warung


Program bertambah hidup dengan ceramah penuh semangat oleh Man Kadir@Pak Jabit yang sesekali mencuit hati mereka yang berada di warung malam tadi.  Beliau memberi jaminan PR akan membatalkan operasi Lynas sekiranya berjaya menawan Pahang dan Putrajaya.  Kejayaan peserta Kumpulan Hijau menamatkan perjalanan mereka serta disambut oleh puluhan ribu rakyat berbagai kaum dan agama di Dataran Merdeka menunjukkan isu Lynas bukan dimonopoli oleh kaum Cina semata-mata.

Man Kadir@Pak Jabit berceramah berjaya mencuit hati para hadirin
Kesimpulannya, program malam tadi berjaya dilangsungkan hasil dari kerjasama semua pihak.  SAMM Pahang mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dan penduduk setempat yang telah memberikan sokongan.

SAMM Pahang di mana-mana........Ngammmm!!