JOIN FACEBOOK KAMI

JOIN FACEBOOK KAMI
Join FaceBook, Sila Klik Logo

Friday 9 November 2012

CERAMAH JELAJAH SCORPENE DI PEKAN MALAM INI DIHARAPKAN TIADA PROVOKASI

MALAM ini, 10 November 2012 (Sabtu) jam 09.00 malam bertempat di Padang Awam, Taman Indera Sempurna, Pekan akan diadakan satu ceramah umum oleh Solidariti Anak Muda Malaysia Kebangsaaan (SAMM) dan juga oleh Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) khusus untuk memberi penerangan berkaitan isu Scorpene.


SAMM Pahang telah dipertanggungjawab untuk mengendalikan program ini sebaik mungkin agar matlamat untuk menyampaikan penerangan kepada orang ramai akan tercapai. Pemidato utama pada malam ini adalah terdiri dari Penyelaras SAMM Kebangsaan, Sdr Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard manakala Pn Cynthia Gabriel, seorang peguam akan mewakili SUARAM.  

Turut dijemput untuk memberikan ceramah malam ini adalah Dato' Fauzi Abd Rahman, Pengerusi KEADILAN Negeri Pahang, Ustaz Rosli Abdul Jabar (YDP PAS Kuantan) dan Sdr Wfauzdin selaku Penyelaras Kor Bekas Angkatan Tentera (KOBAT).

Sebelum itu, petang nanti jam 03.00 petang, SUARAM akan mengadakan Taklimat Tertutup dan dialog bersama beberapa NGO dan pimpinan politik di dalam PR bertempat di Pusat Khidmat Dun Semambu, Jalan Hj Ahmad, Kuantan.  Seramai lebih kurang 80 orang akan menyertai sesi taklimat ini.

SAMM Pahang menaruh keyakinan penuh terhadap pihak berkuasa untuk mengawal perjalanan kedua-dua program ini.  Kami yakin pihak berkuasa akan bersikap profesional sepertimana di dalam beberapa siri program yang diadakan sebelum ini di Negeri Pahang.  Kami juga tidak mengalu-alukan sebarang bentuk provakasi dari mana-mana pihak untuk menggagalkan program ini.

SAMM Pahang menyeru semua ahli-ahli SAMM di negeri ini untuk turun bersama-sama bagi menjayakan program ini sehingga selesai.  Orang ramai juga dikehendaki hadir bagi mendapatkan maklumat berkaitan.

No comments:

Post a Comment