JOIN FACEBOOK KAMI

JOIN FACEBOOK KAMI
Join FaceBook, Sila Klik Logo

Monday 24 December 2012

BICARA SANTAI PESERTA PEJALAN KAKI ANJURAN SAMM PAHANG BUKTI SEMANGAT DAN SETIAKAWAN DI ANTARA KAUM

Meriah!!  Itulah yang boleh diperkatakan terhadap Program Bicara Peserta Pejalan Kaki Kumpulan Hijau malam tadi di Kg Tengah, Kuantan.  Meskipun program anjuran SAMM Pahang tersebut diadakan di sebuah warung, namun kehadiran masyarakat setempat amat membanggakan tanpa menghiraukan hujan yang lebat ketika program berlangsung.

Penyelaras SAMM Pahang sebagai Moderator program malam tadi berjaya kendalikan majlis dengan baik
Sdr Wong, anak muda yang terlibat berjalan kaki
Sdr Hafiz dari Unit Amal juga terlibat dalam Kumpulan Hijau
Kehadiran dramatis, Man Kadir@Pak Jabit (Hantu Kak Limah Balik Kampong) berjaya menghidupkan suasana berbentuk santai malam tadi.  Beberapa peserta yang terlibat di dalam Program Berjalan Kaki sejauh 300 KM dari Kuantan ke Dataran Merdeka, KL telah memberikan ucapan menceritakan pengalaman mereka sepanjang perjalanan.

Adik@Zamri Zanal, anak muda yang membacakan deklerasi sewaktu di Dataran Merdeka baru-baru ini turut menceritakan pengalaman beliau

Program yang diPengerusikan oleh Penyelaras SAMM Pahang sendiri, Sdr Bung Hatta menampilkan Sdr Hafiz dari Unit Amal , Wong dari SAMM dan adik@ Zamri Zanal juga dari SAMM untuk mengisahkan pengalaman mereka.  Turut berucap adalah bekas tentera yang banyak terlibat di dalam program berjalan kaki ini walaupun tidak sepenuhnya iaitu Sdr Gafar.  Penyelaras KOBAT (Kor Bekas Angkatan Tentera), Wfauzdin NS juga turut dijemput berucap sebagai tanda sokongan moral kepada Kumpulan Hijau.

Penyelaras KOBAT, Sdr Wfauzdin NS berucap
Sdr Gafar (Bekas Tentera) turut diberi kesempatan berucap
Sdr Lee Chean Chung, Pemangku Ketua Cabang KEADILAN Indera Mahkota yang juga salah seorang peserta Kumpulan Hijau dan orang kuat kumpulan ini turut memberikan ucapan dengan penuh semangat.   

Sdr Lee Chean Chung memberikan ucapan dan kata-kata semangat untuk terus memperjuangkan bantahan terhadap Lynas
Berbagai kaum hadir memenuhi warung


Program bertambah hidup dengan ceramah penuh semangat oleh Man Kadir@Pak Jabit yang sesekali mencuit hati mereka yang berada di warung malam tadi.  Beliau memberi jaminan PR akan membatalkan operasi Lynas sekiranya berjaya menawan Pahang dan Putrajaya.  Kejayaan peserta Kumpulan Hijau menamatkan perjalanan mereka serta disambut oleh puluhan ribu rakyat berbagai kaum dan agama di Dataran Merdeka menunjukkan isu Lynas bukan dimonopoli oleh kaum Cina semata-mata.

Man Kadir@Pak Jabit berceramah berjaya mencuit hati para hadirin
Kesimpulannya, program malam tadi berjaya dilangsungkan hasil dari kerjasama semua pihak.  SAMM Pahang mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dan penduduk setempat yang telah memberikan sokongan.

SAMM Pahang di mana-mana........Ngammmm!!


No comments:

Post a Comment