JOIN FACEBOOK KAMI

JOIN FACEBOOK KAMI
Join FaceBook, Sila Klik Logo

Saturday 6 October 2012

RAPAT SAMM KEBANGSAAN CETUS SEMANGAT BARU SAMM PAHANG


Bermula 06 Oktober sehingga berakhir semalam (07 Okt), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kebangsaan telah mengadakan Rapat SAMM Kebangsaan bertempat di Sekinchan, Selangor.  Semua ahli SAMM dari semua negeri telah hadir termasuk dari SAMM Pahang.


Sepanjang Rapat SAMM tersebut, berbagai aturcara telah disediakan termasuk persembahan dari setiap SAMM Negeri.  Turut serta dijemput bagi menyampaikan ucapan dan kata-kata semangat/Dialog adalah Prof Dr Aziz Bari dan juga Sdri Faekah Hussin (Setiusaha MB Selangor).  Sudah tentunya amanat penting telah disampaikan oleh Penyelaras SAMM, Sdr Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard.

Sesi dialog bersama Prof Dr Aziz Bari
Sdri Faekah Hussin (S/Usaha MB Selangor)
SAMM Pahang pula diketuai oleh Penyelaras SAMM Pahang, Sdr Kamarul Hatta atau dikenali sebagai Bung Hatta dan juga Chegu Jee selaku Penolong Penyelaras SAMM Pahang merangkap Ketua SAMM Pahang Barat.

Hasil dari Rapat SAMM Kebangsaan ini, semua ahli SAMM berikrar akan terus bekerja bersungguh-sungguh untuk  menumbangkan rejim Umno/Bn dan tidak mengizinkan karenah politik sesetengah individu dan kumpulan menghalang usaha SAMM.


SAMM Pahang juga berikrar akan memberikan seluruh usaha dan tenaga membantu mana-mana pihak yang mempunyai keazaman yang sama iaitu untuk menjatuhkan rejim Umno/Bn di dalam PRU akan datang dan menabalkan sebuah kerajaan baru yang lebih adil dan dinamik.  

Menyediakan persembahan
Terima kasih diucapkan kepada SAMM Kebangsaan dan pihak yang menganjur Rapat SAMM kali ini yang telah menerima dengan baik komrad SAMM Pahang.  Terima kasih tidak terhingga juga diucapkan kepada semua ahli SAMM Pahang yang dapat meluangkan masa untuk bersama di Rapat SAMM Kebangsaan kali ini.  Teruskan Berjuang.  



BUNG HATTA
Penyelaras SAMM Pahang








No comments:

Post a Comment