Berlanjutan daripada sikap kurang ajar dan biadab Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang yang telah mempersendakan hukum Islam berkaitan hukum menutup aurat di dalam Twitter beliau, maka petang semalam (16 Oktober 2012) SAMM Pahang telah membuat satu laporan Polis di Ibu Pejabat Daerah Kuantan pada jam 06.00 petang.
Penyelaras SAMM Pahang, Sdr Kamarul Hatta yang lebih dikenali sebagai Bung Hatta mengetuai SAMM Pahang membuat laporan Polis atas sikap Ketua Pemuda Gerakan Kedah tersebut yang jelas mempersendakan Hukum Islam. Turut memberikan sokongan sewaktu laporan Polis dibuat adalah wakil dari KEADILAN Negeri Pahang, Sdr Kamarzaman Yunus selaku Penolong Setiausaha KEADILAN Negeri dan juga wakil dari Pemuda PAS Kuantan.
Twitter yang menghina Islam |
Laporan ini dibuat adalah berkaitan satu twitter dari akaun Tan Keng Liang, Ketua Pemuda Gerakan Kedah yang mempersendakan dan menghina arahan berpakaian sopan kepada bukan Islam dan menutup aurat kepada Islam. Ini mungkin muncul dari garis panduan Majlis Perbandaran Alor Setar (MBSA) yang mula melaksanakan garis panduan supaya model iklan yang dipaparkan dalam kawasan mereka hanya memaparkan model yang berpakaian sopan.
Penyelaras SAMM Pahang, Bung Hatta (baju hitam) bersama Sdr Jefri sedang membuat laporan Polis |
Isu ini telah dipolitikkan sejak beberapa minggu yang lalu apabila beliawanis MCA, Tee Hoi Ling memberikan komen bahawa tindakan memastikan model berpakaian sopan itu seperti memperbudakan pengiklan. Ketua Pemuda Gerakan Kedah pula menyebut di dalam Twitternya bahawa adakah pemakaian seluar pendek oleh lelaki dibimbangi oleh PAS menyebabkan timbulnya 'kerangsangan'. Beliau seterusnya mempersoalkan adakah sekiranya PR memerintah, semua athlet sukan akan menutup aurat termasuk kepada yang bukan Islam.
Ditemubual oleh wakil media. Turut kelihatan (baju biru) Sdr Kamarzaman, Pen SU KEADILAN Negeri |
Beliau tidak seharusnya memberikan komen berkaitan hukum Islam yang beliau sendiri tidak tahu. Sedangkan hukum menutup aurat di dalam Islam samada lelaki dan wanita itu bukannya hukum yang dicipta oleh PAS tetapi itu adalah hukum Allah kepada semua penganut Islam. Tidak wajar beliau mengaitkan PAS di dalam hukum Allah ini. Jelas, Umno yang bersekutu bersama dengan Gerakan tidak mampu memberikan kefahaman Islam kepada rakannya itu. Paling menyedihkan, perbuatan Ketua Pemuda Gerakan Kedah ini tidak langsung dipedulikan oleh Perkasa khususnya di Kedah, sedangkan sewaktu DS Anwar Ibrahim memberikan tazkirah di sebuah masjid baru-baru ini, Perkasa telah cuba menghalangnya dengan membaling kasut.
Usaha baik cuba dihalang, tetapi penghinaan terhadap hukum Allah dibiarkan begitu sahaja hanya kerana Gerakan adalah sekutu mereka. Betapa hipokritnya mereka.
SAMM Pahang menuntut agar pihak berkuasa menyiasat Ketua Pemuda Gerakan Kedah ini dan mengambil tindakan yang sewajarnya atas kesalahan cuba mencetuskan keadaan tidak harmoni di kalangan kepercayaan berbagai agama di negara ini. Paling serius, beliau langsung tidak menghormati Islam adalah agama resmi negara ini.
No comments:
Post a Comment