Satu masalah di dalam kepimpinan politik sekarang ini adalah berburuk sangka. Adakalanya berburuk sangka (berhati-hati) itu sikap yang baik tetapi banyak juga yang buruknya apatah lagi berburuk sangka tanpa asas.
Contohnya, mengapa PAS terlalu berhati-hati dengan Umno apabila parti yang sudah nazak itu mahu bergabung atau bekerjasama dengan PAS? Adakah sikap PAS berhati-hati terhadap Umno itu wajar atau tidak? Jawapannya memang wajar kerana ada asasnya PAS perlu 'berburuk sangka' terhadap Umno kerana sejarah lalu memperlihatkan bahawa Umno adalah pengkhianat kepada PAS sewaktu Umno merasakan parti tersebut kuat. PAS tidak lupa Umno telah `menendang' PAS keluar setelah agak lama juga PAS bersama Umno sebelum itu.
Bung Hatta - Penyelaras SAMM Pahang. Ejen SB? |
PAS mempunyai asas untuk bersangka buruk kepada Umno, tambahan pula sehingga kini Umno masih menghentam PAS sampai ke tahap mendakwa PAS Parti Ajaran Sesat. Tidak munasabah PAS mahu bersama dengan Umno dengan perangai buruk seperti itu.
Tetapi, ada individu yang bersangka buruk kepada orang lain tanpa asas langsung. SAMM Pahang selama ini bekerja sedaya upaya bersama Pakatan Rakyat untuk membantu mencapai matlamat ke Putrajaya. Kami tidak perlu kepada pujian jauh sekali upah, melainkan jika ada yang memberi tetapi itu bukan tuntutan perjuangan kami.
Kami merasa terkilan kerana mendapat berita Penyelaras SAMM Pahang, Bung Hatta mula dipandang serong oleh seorang dua individu di dalam parti yang kami sokong sepenuh jiwa raga. Mengapa tergamak mereka ini menuduh atau mengesyaki Bung Hatta sebagai orang yang tidak boleh dipercayai kononnya ejen kepada SB (Special Branch)? Apa asasnya? Di mana sejarahnya Bung Hatta ini pernah mengkhianati parti?
Semua tahu, Bung Hatta telah beberapa kali diugut oleh SB dan pernah dimasukkan ke dalam lokap namun beliau tetap istiqomah di dalam perjuangannya. Sepanjang beliau di dalam partinya dahulu pun tiada sejarah beliau `melawan tokeh'. Siapa pemimpin yang dipilih oleh parti, itulah pemimpinnya.
SAMM Pahang tidak bermusuh dengan sesiapa jauh sekali pimpinan parti. Cuma, kami ingin menasihatkan beberapa individu agar tidak merasa ego dan sombong. Ditegaskan sekali lagi, SAMM Pahang tidak akan berkompromi dengan mana-mana jua ahli kami yang belot terhadap perjuangan walaupun Penyelaras SAMM Pahang sendiri. Tetapi kami tidak boleh berdiam diri jika pemimpin kami dituduh sedemikian rupa tanpa asas dan bukti kukuh.
SAMM Pahang mencabar individu-individu ini agar tampil menunjukkan bukti atas dakwaan mereka dan jika mereka gagal, kami menuntut mereka memohon maaf. Andainya mereka masih ego dan sombong, SAMM Pahang tidak berminat untuk menyanjung individu seperti ini. Komitmen kami jelas, musuh kami adalah rejim Umno/Bn.
hentam jer bro...mlot wt semak jer...
ReplyDelete