JOIN FACEBOOK KAMI

JOIN FACEBOOK KAMI
Join FaceBook, Sila Klik Logo

Monday 7 January 2013

PROGRAM JELAJAH ANAK MUDA DI PAHANG BERJAYA


Pada 06 Jan 2013 baru-baru ini, Program Jelajah Anak Muda "Himpunan Kebangkitan Rakyat" KL112# telah diadakan di Taman Muhibbah, Temerloh, Pahang.  Pada sebelah petangnya diadakan Santai Anak Muda bertempat di Esplaned Temerloh.

Chegu Bard turut membantu mendirikan pentas di atas lori
Kumpulan "R" (Royalti)
Program bermula pada petangnya sehingga ke malam telah mendapat sambutan yang baik di mana ramai anak-anak muda yang terlibat.  Pada sebelah malam, kemuncak perhimpunan telah menampilkan beberapa penceramah yang rata-ratanya terdiri dari anak-anak muda yang mewakili NGO serta Persatuan Mahasiswa.

Penyelaras SAMM Pahang, Sdr Bung Hatta selaku Pengerusi Program Ceramah
Aktivis, Sdr Hishamuddin Rais 'menghasut' rakyat turun ke KL pada 12 Jan ini
Pengerusi KEADILAN Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman
Di antara yang berucap adalah Ketua Kumpulan 'R" tuntutan Royalti Pahang, Sdr Safwan dari Mahasiswa (SMM), Sdr Eddy (SAMM), Sdr Hishamuddin Rais (Tukar Tiub) dan beberapa yang lain.  Wakil dari KOBAT (Kor Bekas Angkatan Tentera) iaitu Penyelaras KOBAT, Sdr Wfauzdin NS turut berucap rengkas.  Pimpinan politik juga dijemput menyampaikan ucapan di antaranya Pengerusi KEADILAN Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman, YB Syed Hamid(Adun Semantan), Sdr Nizam Hamid (Ketua Cabang Temerloh) dan menampilkan juga YB Ng Swee Lim (Adun Sekinchan).

Adun Sekinchan, YB Ng Swee Lim menggamatkan suasana dengan loghat jawanya.
Kemuncak pidato malam itu, Penyelaras SAMM Kebangsaan Sdr Badrul Hisham @ Chegu Bard tampil di pentas mengajak semua rakyat jelata Negeri Pahang turun ke KL menuju Stadium Merdeka pada 12 Januari ini nanti untuk menunjukkan bantahan kita kepada tindakan kerajaan yang gagal memenuhi tuntutan BERSIH selama ini.

Orang ramai yang hadir memenuhi kawasan ceramah
Pertama kalinya, program ceramah malam itu disiarkan secara langsung melalui Radio Internet "KOBAT FM" yang baru beroperasi dengan kerjasama rakan penyiaran "Santai FM".

Chegu Bard, Penyelaras SAMM tampil sebagai pemidato terakhir
Program ceramah yang telah diPengerusikan oleh Penyelaras SAMM Pahang, Sdr Hatta amat berjaya dan mencapai objektif dan sasarannya.  Kehadiran orang ramai pada malam itu amat membanggakan sekali.  Ayuh, kita turun ke KL pada 12 Jan ini nanti.

No comments:

Post a Comment