JOIN FACEBOOK KAMI

JOIN FACEBOOK KAMI
Join FaceBook, Sila Klik Logo

Monday, 3 September 2012

SAMM PAHANG TOLAK TUDUHAN TERHADAP YB FUZIAH

Membaca sebuah portal, Pahang Daily Online yang mendakwa bahawa YB Fuziah Salleh, MP Kuantan meminggirkan penyokong-penyokongnya di kalangan Melayu di Kuantan menggambarkan kehendak penulisnya untuk melihat YB Fuziah Salleh tidak mendapat sokongan atau undi kaum Melayu Di Kuantan.  

Isu Lynas mengangkat nama YB Fuziah Salleh sehingga ada cubaan untuk menjatuhkannya

Semua tahu, YB Fuziah Salleh amat popular dengan isu Lynas yang ditentang hebat oleh rakyat terutamanya di Kuantan, khususnya pula oleh masyarakat Cina.  Kempen anti Lynas ini pula amat aktif di Kuantan, dan selaku MP Kuantan yang juga dipertanggungjawabkan oleh parti menangani isu ini, YB Fuziah Salleh sudah tentunya aktif bersama penduduk-penduduk di Kuantan menentang projek Lynas.  

Oleh kerana isu ini mendapat perhatian seluruh negara, maka seolah-olah YB Fuziah Salleh tertumpu kepada satu isu ini sahaja dan ini dilihat seolah-olah beliau begitu mendampingi masyarakat Cina di Kuantan dan meminggirkan masyarakat Melayu.  SAMM Pahang melihat kritikan terhadap YB Fuziah Salleh yang mendakwa beliau meminggirkan penyokong-penyokongnya di kalangan kaum Melayu adalah satu kritikan yang tidak bertanggungjawab dan berbau perkauman.

Sepertimana yang telah diperjelaskan oleh Wakil Cabang Kuantan sendiri tidak timbul soal YB Fuziah Salleh selaku Ketua Cabang Kuantan memingirkan para penyokongnya di kalangan kaum Melayu. Malahan, Penyelaras SAMM Pahang sendiri Sdr Bung Hatta, adalah di antara orang kuat MP Kuantan tersebut.  Boleh dikatakan tiada program atau aktiviti YB Fuziah Salleh yang tidak disertai oleh Sdr Bung Hatta bersama rakanm-rakannya.  Adakah kerana seorang dua yang tidak mahu libatkan diri di dalam aktiviti YB Fuziah Salleh maka dikatakan beliau meminggirkan para penyokongnya?

Selaku ahli parti apatah lagi jika berjawatan di dalam parti, adalah menjadi tanggungjawab untuk bergerak bersama parti tanpa perlu diundang atau dijemput.  SAMM Pahang melihat YB Fuziah Salleh banyak melakukan aktiviti yang melibatkan masyarakat Melayu khususnya di Kuantan.  Berbagai bentuk program diadakan seperti Pertandingan Sepak Takraw Tertutup dan juga Futsal.  Begitu juga dengan program ziarah ke kawasan nelayan dan perkampongan, menghulurkan bantuan yang seadanya.  Kesemuanya ini melibatkan masyarakat Melayu.  Mengapa ini tidak dipandang sebagai keprihatinan beliau terhadap masyarakat Melayu?

Jelas apa tujuan mereka untuk mengkritik secara hentam kromo terhadap YB Fuziah Salleh.  Mereka mahu melihat masyarakat Melayu di Kuantan menolak YB Fuziah Salleh kononnya beliau lebih utamakan kaum Cina.  Apa untungnya mereka?  Tidak lain tidak bukan adalah untuk mereka mempersiapkan diri meletakkan Calon Bebas yang kononnya "Pro Rakyat" untuk meraih undi kaum Melayu jika calon ini bertanding di salah satu kawasan di dalam Parlimen Kuantan.  Calon Bebas ini nanti mahukan PAS mengundi beliau, kaum Melayu dalam PKR undi beliau dan Umno pun akan mengundi beliau.  Ini lah tujuan dan kepentingan peribadi mereka.

Sehubungan itu, jangan terpedaya dengan propaganda yang mereka mainkan.  Kita kenali Penulis ini yang setiap hari merengek meminta PAS menerimanya sebagai ahli setelah keluar dari PKR.  Mungkinkah PAS menerimanya setelah banyak kali Penulis ini menghentam PAS?  Sehinggakan kemasukan beberapa artis ke dalam PAS menimbulkan rasa cemburu di hati beliau, maka diungkit-ungkitlah jasanya selama ini kononnya banyak membantu PAS.  

Beliau ini juga mengusik PKR dengan berbagai isu termasuk cuba melaga-lagakan PKR dengan PAS dan DAP.  Tidak pelik di dalam FB nya, pernah diprovokasi dengan tajuk beliau lebih suka PAS jadi MB Pahang daripada PKR.  Tujuannya adalah untuk melihat komen-komen dari pembaca yang terdiri daripada para penyokong PAS dan PKR.  Di dalam FB nya juga disentuh mengapa PAS tidak desak DAP pecat Karpal Singh sepertimana PAS pecat Dr Hassan Ali.  Walaupun isu yang beliau bawa langsung tiada kaitan, tetapi niatnya hanyalah untuk memecahbelahkan para penyokong PAS dan DAP.

SAMM Pahang merasa kesal kerana PDO kini dipergunakan oleh individu yang mempunyai cita-cita politik yang tinggi tetapi mahu naik ke atas dengan memijak kepala rakan-rakan parti yang dahulunya bersama beliau.  Atas alasan beliau kini bebas dan berhak mengkrtik mana-mana parti, itulah senjata beliau tetapi di dalam masa yang sama merengek saban hari meminta PAS menerimanya sebagai ahli.  Itu kah prinsip seorang "Pro Rakyat"?

No comments:

Post a Comment